ANTARA kawasan di Makkah dilanda banjir kilat. FOTO Twitter
Makkah: Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat luar biasa, sejak petang Selasa.
Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.
Dalam pada itu Arab News melaporkan pihak berkuasa sebelum ini sudah mengeluarkan amaran membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Rabu sehingga Sabtu.
Menurut agensi meteorologi negara itu, pihak berkuasa memberi amaran ribut petir sederhana dengan hujan lebat serta angin kencang di Asir, Al-Baha, Jazan, Najran dan Makkah.
Post time 28-4-2021 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Oo ni lah tanda Allah nak beri peringatan amaran kepada manusia2 pendurhaka supaya bertaubat beriman kepada Allah dan bersihkan kawasan sekitar rumah sucinya daripada didiami makhluk2 durjana. Kat makkah ni ada seribu macam jenis manusia. Nanti time dajjal muncul lagi teruk, lepas dajjal hentak kaki dia kat luar makkah dan madinah sebab nak masuk panggil pengikut2 dia (tapi dajjal dihalang masuk oleh malaikat2 yg mengawal kota suci makkah dan madinah), kemudian habis jadi gempa bumi besar, terpelanting keluar habis manusia2 munafik dan syirik keluar dari kota suci makkah dan madinah(kalau nak lebih faham dan jelas elok acik2 suma google sendiri kisah dajjal ni, aku ni cerita ikut pemahaman aku la) Kemudian bersih dan aman kedua2 kota suci tu daripada didiami makhluk2 durhaka kepada Allah. InshaAllah janji Allah akan tiba masanya nanti bersih la Makkah dan Madinah daripada segala mala manusia2 jahanam pendurhaka, kalau makhluk tu adalah seorang yg sangat berkuasa punya nama dan pangkat di kota makkah, maka dia pun akan terpelanting sama keluar dari kota tu. Kat makkah la sepupu aku kena cabul dgn seekor syaitan jahanam yg bertopengkan manusia walau dia tengah pakai kain telekung menutup aurat. Manusia2 durjana ni ada di seluruh dunia termasuk kota2 suci Allah. Alkisahnya itu kekdah kisah kenapa Allah beri bala pada negeri rumah suciNya sendiri untuk pemahaman sesetengah acik2 urban kafir munafik syirik kat forum ni yg suka sangat hina Allah dan agama islam.
Post time 28-4-2021 03:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat Mekah pon ada pendosa. Tgk jelah kaum kerabat pemerintah Saudi. Yg betul2 alim berapa kerat je. Yg lain2 Islam pada nama je tapi lifestyle kalah westerners. Apapon, kita yg beriman pada hari Kiamat, juz get ready with the apocalypse. Bab2 ni takyah nk lekeh2.