View: 1412|Reply: 2
|
"Takpe Nak Fitnah Saya Sikit-sikit, Tapi Jangan Libatkan Orang Lain" -
[Copy link]
|
|
Fitnah untuk menjatuhkan karier politik. Itu kata Tan Sri Anuar Musa terhadap khabar angin kononnya telah berkahwin dengan seorang penyanyi dipercayai Datuk Nora Ariffin, 48.
Kredit foto: IG
Menurut laporan Bernama, Menteri Wilayah Persekutuan terbabit kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan kerana secara tidak langsung, khabar angin yang tular di Twitter sejak Rabu itu turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan.
"Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga.
"Setahu saya (penyanyi berkenaan) daripada keluarga yang cukup terhormat, saya kenal latar belakang mereka, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain," katanya.
Tidak bercadang mengambil tindakan lanjut, Annuar bagaimanapun meminta pihak terbabit bermuhasabah sempena menghormati bulan Ramadan.
Sementara itu, Nora juga telah tampil menafikan khabar angin tersebut. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dlm hati anwar musa, kalo betul kan best. Mau 3 ari 3 male kawe buak kenduri kat kg |
|
|
|
|
|
|
|
perasan org tua ni.
jd wakil masyarakat tu dahulukan masyarakat yg perlukan bantuan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|