Iklan barangan berkualiti, yang dapat jauh panggang dari api.
Begitulah yang berlaku terhadap beberapa orang pembeli busana daripada butik tersohor ini. Kemeja satin yang diiklankan berharga RM89 dengan kualiti terbaik membuatkan ramai teruja membelinya. Namun, sangat menyedihkan apabila kemeja tersebut tidak seperti yang digambarkan malahan menyamai kualiti baju berharga belasan ringgit.
Dipercayai butik yang terkenal dengan kontroversi sebelum ini, rupa-rupanya sentiasa membuat onar, namun masih ramai yang terpedaya. Mengapa masih tidak serik-serik?
Foto :Twitter
Bagi netizen, mereka merasakan setiap orang perlu bertanggung jawab dengan keputusan masing-masing. Jika tahu jenama tersebut bermasalah, mengapa perlu memperjudikan nasib untuk membelinya lagi?
Foto :Twitter
Foto :Twitter
Namun, bagi rakan kepada pembeli kemeja tersebut menyatakan ianya adalah kerana masih ramai yang tidak tahu dengan onar butik tersohor itu.
"Sebab masih ramai tak tau pasal LR. In fact kawan saya pun tak pernah tau pasal kualiti LR ni. Hopefully tak ramai terkena."
Foto :Twitter
Jadi, apa pendapat anda? Peniaga yang pandai mengambil kesempatan atau pembeli yang tidak pernah ambil iktibar? - CARI
|