"Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya"
A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa Datuk Seri Aliff Syukri menceroboh dan melakukan penggambaran rumah persinggahannya iaitu Tuah D'Manggis di Janda Baik, Pahang untuk membuat penggambaran MV lagu berjudul 'Lala Raya' tanpa izinnya.
"Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat.
Ketika itu tak ada siapa dekat situ... malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira menceroboh!," katanya memetik laporan mStar.
Lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin lalu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut.
Kredit foto: Youtube Aliff Syukri
Walhal, katanya Aliff tidak pernah menghubunginya dan meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.
Tegasnya lagi, dia memang tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi A. Aida Production sahaja.
"Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang ceroboh! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini," katanya lagi.
Berjoget sakan dalam video muzik, rupanya tak minta izin dengan tuan rumah. Harap Aliff Syukri ada penjelasan sewajarnya. - CARI |