View: 4421|Reply: 33
|
Instafamous Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Mask Buat Video TikTok Raya
[Copy link]
|
|
Tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh polis menerusi sebuah video TikTok yang tular di laman sosial memaparkan adegan raya seorang instafamous bersama tiga anggotanya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, hasil semakan, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Honda City berwarna putih melakonkan adegan raya bersama dua anggota polis dan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lengkap beruniform.
Kredit foto: TikTok
Menurutnya, ketiga-tiga anggota berkenaan sedang bertugas dalam Team Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
“Lokasi adegan raya ini dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, Putrajaya pada Ahad lalu. Video tersebut telah mendapat kecaman netizen kerana pelakon tidak memakai pelitup muka serta mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.
“Tiada sebarang bayaran atau saguhati terlibat atau diterima oleh pihak polis dalam hal ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, lelaki terbabit telah dipanggil memberi keterangan di IPD Putrajaya dan dikompaun atas kesalahan melanggar SOP iaitu tidak memakai pelitup muka.
Terdahulu sebuah video berdurasi dua minit 21 saat menjadi tular di laman sosial memaparkan aksi seorang instafamous lelaki yang juga usahawan produk kosmetik memegang plakad dengan pelbagai alasan kononnya ingin merentas negeri.
Dalam video tersebut turut kelihatan tiga anggota bertugas dengan berpakaian uniform lengkap meminta instafamous berkenaan berpatah balik selain ada adegan mereka menikmati juadah raya bersama-sama.
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya mengecam instafamous terbabit yang tidak memakai pelitup muka selain dianggap mempersenda alasan untuk merentas negeri.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa instafamous berkenaan dikompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan terbabit.
Sumber: MalaysiaGazette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya kena kompaun.
Laki bini suka cari perhatian |
|
|
|
|
|
|
|
Kompuan tu kecik je bayarannya berbanding buat iklan kat TV..
|
|
|
|
|
|
|
|
Finally...mmg ntah apa2. Cringe video dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dn 3 polis itu tiba2 dungu kn tk tegur isnta tu pasal mask apo..diorg tk kena adegan tatatertib ke |
|
|
|
|
|
|
|
1500 tu celah burit dia je.. berbanding cheap marketing yg dia dapat. Worth the investment katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
WAKAKAKAKAKKAKAAKAKAAKAK padan muka
tp rm1500 tu apa la sgt bg dia |
|
|
|
|
|
|
|
Yg 3 anggota tu berlakon dlm tiktok ni jugak ke mcm mana? Aku dh tgk video ni beberapa hari lps... cringe gila |
|
|
|
|
|
|
|
Himbo ni mmg suka cari perhatian murahan ke sama dgan bini buat surprise haritu?? Selayaknya kena kompaun dan kecam! |
|
|
|
|
|
|
|
mengada-ngada.. gigih nak buat video juga.
dia ni memang tinggal di putrajaya ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke staf gomen yang masih beruniform tak dibenarkan buat video sesuka hati? macam kes nurse yang buat demo cuci tangan guna hand sanitizer dulu tu...#sistanyajurrr |
|
|
|
|
|
|
|
Camna depa deal berlakon
depa tak infom bos dulu ka
ke kawtim |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak tahu nak nagis ke nak apa baca ni...halaiiiii dikkkk lah adikkk... |
|
|
|
|
|
|
|
jel kan aje
yang anggota2 tu pun dah kenapa melayan ni bahlol terencat tu |
|
|
|
|
|
|
|
So yg polis tu dah kenapa nak berlakon jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape ni. Si tahfiz mahmad tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rainbowrainz replied at 5-5-2021 10:01 AM
Iols tak tahu nak nagis ke nak apa baca ni...halaiiiii dikkkk lah adikkk...
nangis batal posa....sengaja la itewwww
kahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
stingerxmas replied at 5-5-2021 03:04 AM
nangis batal posa....sengaja la itewwww
kahkahkahkahkahkahkah
Hang x puasakan manak kan kannn...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|