Seorang frontliner dikenali dengan nama Nur Hafiza dan bertugas di INS Specialist Centre dikatakan dimasukkan ke ICU selama tiga hari selepas menerima dos kedua vaksin Sinovac pada 22 April lepas.
Kredit foto : Lowyat, Instagram nurhafizaaa._
Timbul persoalan apabila terdapat dua versi nota discaj daripada Hospital Sultanah Bahiyah untuk Nur Hafiza. Nota discaj pertama bertarikh 28 April 2021 di bahagian diagnosis akhir ditulis 'multiple crania neuropathy secondary to AEFI post 2nd dose Synovac Vaccine - in recovery" tetapi diagnosis tersebut ditukar kepada 'multiple crania neuropathy - pending investigation' di dalam nota discaj bertarikh 2 Mei 2021.
Melalui hantaran yang dimuatnaik di laman sosialnya, jururawat berusia 22 tahun itu berkata, dia mengalami 'minor stroke' di bahagian kiri, tidak dapat berjalan dan bercakap.
Kedua-dua nota discaj yang berbeza tersebut turut dimuat naik dengan mempersoalkan kenapa diagnosisnya ditukar dan adakah ianya disebabkan KKM tidak mahu bertanggungjawab dengan kes kesan sampingan vaksin.
Kedit foto : INstagram nurhafizaaaa._ facebook KJ
Hantaran sama turut dapat dilihat di bahagian komen facebook Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 YB Khairy Jamaluddin namun setakat ini tiada jawapan balas daripada Menteri Vaksin tersebut.
Perkembangan terkini Nur Hafiza seperti dimaklumkan di laman sosialnya, dia kini sihat dan sedang belajar untuk bercakap dan berjalan seperti biasa semula. Nur Hafiza juga berkata tujuannya berkongsi pengalaman divaksin itu bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. - CARI
|