View: 1557|Reply: 6
|
Suami Isteri Tak Mengaku Salah Rotan, Cederakan Pelajar Tahfiz
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri yang juga pengurus sebuah tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mendatangkan kecederaan dan merotan seorang pelajar berusia tujuh tahun, Mac lalu.
Norizan Yahya, 53 dan suaminya, Muhammad Yaqoob, 35, warga Pakistan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar dan Majistret Normaizan Rahim.
 Gambar hiasan
Berdasarkan kertas pertuduhan, Norizan didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap seorang pelajar lelaki berusia tujuh tahun enam bulan, di Taman Tun Abdul Razak, di sini, antara jam 6 petang, 9 Mac hingga 23 April lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Muhammad Yaqoob dituduh mendatangkan cedera dengan menggunakan rotan terhadap mangsa sama, di tempat, tarikh dan masa sama serta didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah dan Suriantiazilla Muhammad, masing-masing membantah sebarang jaminan diberikan terhadap Norizan dan Muhammad Yaqoob kerana membabitkan kesalahan serius.
Sementara itu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka menerusi peguam Dony Abdullah, memohon dibenarkan ikat jamin rendah.
Tertuduh, Norizan menghidap penyakit sendi, jantung dan kencing manis, manakala suaminya mempunyai dokumen visa yang sah.
Kedua-dua tertuduh dalam kes ini adalah pengurus tahfiz berkenaan dan sepanjang direman selama 12 hari, pusat itu tidak beroperasi.
Mahkamah membenarkan Norizan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Muhammad Yaqoob pula dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin dan melaporkan diri di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 18 Jun ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.
Sumber: BH Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amboi berpenyakit sendi, jantung dan kencing manis pun kemain dapat pucuk muda. pakistan plak tu... larat ka makcik menadahhhh? |
|
|
|
|
|
|
|
amboi..mude laki  |
|
|
|
|
|
|
|
hilang sakit dpt laki hidung mancung
|
|
|
|
|
|
|
|
Nie tahfiz swasta ke atau milik makcik nie???laki dari paki, dapat visa sah untuk menetap di sini tapi ambik kesempatan dera budak! |
|
|
|
|
|
|
|
camne paki umo 35 bole kawin dgn acik umo 53tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
Untung ler dah menopos buleh laki muda lagi tp warga asing emm paham2 laa kan motif dia sanggup kawen ngn org tua.
Tengok gambo okt kat fb kemain pakai niqab sampai tak nampak mata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|