View: 1983|Reply: 14
|
[Tempatan]
Edisi Pantai Timur - Kes Covid-19 Naik Mendadak di Besut
[Copy link]
|
|
Edited by Babai at 11-5-2021 02:46 AM
Kes positif di Besut naik mendadak 835 peratus
10 Mei 2021
KUALA TERENGGANU - Situasi Covid-19 di daerah Besut semakin membimbangkan dengan peningkatan 835 peratus kes positif direkodkan dalam tempoh kurang dua bulan sejak April lepas.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pada Mac hanya 60 kes positif Covid-19 sahaja direkodkan, namun jumlah itu naik mendadak kepada 561 kes pada April dan Mei.
“Dalam tempoh bermula 1 April hingga 8 Mei, kita telah melakukan sebanyak 9,936 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 662 kes positif telah dikesan. Situasi Covid-19 di Besut sangat merisaukan kita dengan puluhan kes positif dilaporkan setiap hari.
“Data ini jelas menunjukkan penularan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi dan kita risau apabila sudah menular jauh, maka sukar untuk kita hambat virus Covid-19," katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya pada Isnin.
Pada Isnin, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 166 kes discaj dan 93 kes baharu Covid-19 menjadikan 579 kes Covid-19 aktif di Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,941 kes.
Daripada 93 kes baharu itu, 43 kes dilaporkan berlaku di daerah Besut.
Ketika ini, 570 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala sembilan kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dr Nor Azimi berkata, petugas kesihatan sangat serius dan komited membuat pengesanan kontak, saringan, pengasingan serta memberi rawatan dan pihaknya berharap agar penduduk Besut juga memberi kerjasama dengan membuat kawalan kendiri.
"Hadkan pergerakan, elak berkumpul beramai-ramai, patuh prosedur operasi standard (SOP), duduk rumah di samping menjaga diri dan orang lain, jika semua perkara ini diberi perhatian maka segala usaha dalam memutuskan rantaian wabak di Besut akan berjaya.
"Selain itu, individu yang mempunyai gejala demam, batuk, selesema, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa perlu segera membuat pemeriksaan kerana langkah ini sangat membantu mengawal penularan yang lebih besar," katanya. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/a ... endadak-835-peratus
|
|
|
|
|
|
|
|
Set2 pantai timur ni susah nak tegur..habis kene maki balik kita ni kalau ditegur pasal sop |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 11-5-2021 04:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mrsamz replied at 11-5-2021 03:04 AM
Set2 pantai timur ni susah nak tegur..habis kene maki balik kita ni kalau ditegur pasal sop
Ini yang menyebabkan orang negeri2 lain makin meluat tengok dia orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dtg dr yg merentas negeri kengkonon nk melawat parenys tp hjg2 berjalan meeata tempat...yg lokal pun satu hal xreti2 sop.aku padankan kedua2nya! |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 11-5-2021 04:27 AM
Ini yang menyebabkan orang negeri2 lain makin meluat tengok dia orang.
Mana pegi pun mmg org meluat ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ..kes apa yg buat besut tiba2 boleh tinggi kes?
Tempat terdekat kami kena PKPD mulai esok sbb kes Naik mendadak ..ada kata asal dari adik imam balik Dr kL..positif,keluarga tau dia positive terus buat swab, ada ahli keluarga yg positif termasuklah imam .masjid sekolah tutup lah sbb ada cikgu yg positive. Lepas ada jemaah yg status PATI positif so bertambah lah angka tu mungkin sebab Pati duduk ramai2. jumpa pulak ramai pekebun nak urus hal kebun...Dan seterusnya bermulalah saringan besar2an dibuat. |
|
|
|
|
|
|
|
songhara1226 replied at 11-5-2021 06:13 AM
Terasa iolsss
Tak semua la...tp kebanyakkannya. :lol
Tabahkan hati sis ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
songhara1226 replied at 11-5-2021 06:13 AM
Terasa iolsss
kalau kita tak begitu jangan la terasa. iols pun pata timo tp jaga sop so anggap je yg kutokan2 bkn utk kite. tp geng2 pata timo ni mmg gedebe lain macam, +ve sbb kedegilan sendiri tu padan muke baik tua/muda. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni snn degil..berani buat berani tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni berjiran sskjp kena tempias là...dr bbrp lorong tikus dah berpuluh lorong tikus ada..keisan tau org org tua kat kampung...tp pkp pon kedai mah buka......serbu kedai mah la sek sek kito![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kan... Iols pun meluat aje tgk ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 11-5-2021 06:20 AM
Kesian ..kes apa yg buat besut tiba2 boleh tinggi kes?
Tempat terdekat kami kena PKPD mulai esok sb ...
Eh.. adik imam rentas negeri ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|