Tidak semena-mena, sebuah video mengenai cara menyembuhkan Covid-19 tular di media sosial. Video tersebut memaparkan seorang lelaki menunjukkan cara menyembuhkan Covid hanya dengan cara menyedut wap yang dihasilkan dari bunga cengkih!
Ianya menimbulkan kemarahan pengamal perubatan kerana pasti ramai rakyat Malaysia yang akan percaya dengan kaedah tradisional ini.
Lelaki tersebut menegaskan bahawa kakak dan keluarganya baru sahaja disahkan positif Covid-19, namun hanya dengan menghidup wap bunga cengkih selama satu malam sahaja, kesemua mereka pulih dan kembali sihat.
Foto : FB
Ianya semakin tular apabila ramai yang berkongsi video tersebut lalu menyarankan mereka yang mempunyai simptom Covid-19 mencubanya. Apatah lagi keluarga kakaknya mampu pulih tanpa perlu ke hospital.
Foto : FB
Dalam masa sama, beberapa portal dan pengamal perubatan turut mengambil inisiatif untuk memperbetulkan mitos tersebut.
Foto : FB
Jadi, bagaimana? Video sudah banyak kali dikongsikan dan menjadi tanggung jawab kita untuk berkongsi fakta pula. - CAR
|