|
|
Pasangan selebriti Atta Halilintar berkongsi berita duka apabila isterinya Aurel Hermansyah mengalami keguguran pada Selasa.
Atta memaklumkan perkara itu menerusi Instagram dengan memuat naik foto USG janin yang dikandung isterinya.
Youtuber terkenal itu turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian tersebut.
 Kredit foto: IG
Sebelum itu, Aurel sempat berkongsi saat dia mendapatkan rawatan sambil ditemani ibunya Krisdayanti.
Malah, dilaporkan, Aurel mengalami pendarahan hingga dinasihatkan untuk ‘bedrest’.
Doktor juga memberitahu kandungan Aurel mengalami masalah.
Anak kepada penyanyi Anang Hermansyah itu mendirikan rumah tangga dengan Atta pada 3 April lalu dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta. -CARI
Sumber: mStar Online |
|