View: 15558|Reply: 67
|
[Tempatan]
Pakar Kesihatan Gesa Total Lock Down, Korang Pulak Rasa Macam Mana?
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Pakar Kesihatan Awam menggesa agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau total lockdown bagi mengurangkan kes kematian yang berpunca daripada virus Covid-19.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak.
“Situasi yang dihadapi Malaysia sekarang sangat membimbangkan kerana apabila kes meningkat, sistem perkhidmatan kesihatan dibebani dengan kes yang meningkat mendadak.
“Pada pandangan saya, kita tidak boleh menunggu lagi untuk beberapa ketika sebelum mengambil keputusan drastik sedemikian kerana data telah menunjukkan peningkatan jangkitan Covid-19 yang konsisten di kebanyakan negeri,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tambahnya, beliau juga turut mengesyorkan pintu keluar masuk negara ditutup sementara kecuali pada kes-kes yang melibatkan kepentingan negara.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Dr Malina turut mencadangkan beberapa langkah bagi mengurangkan kes kematian akibat Covid-19.
Menurutnya, antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah melalui program promosi kesihatan, memberdayakan masyarakat melalui penggunaan alat perlindungan khas serta pengesanan jangkitan dengan lebih awal.
“Nyawa dan kesihatan perlu dipertahankan untuk mengelakkan kadar kematian yang tinggi. Dari segi perubatan, setiap nyawa adalah sangat bernilai,” katanya lagi.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gesa-total-lockdown
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
total lock down aja la macam nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
kau keje makan gaji.......dok rumah gaji jalan boleh lah sembang total lockdown la apa la bagai.
kau nk lockdown brp lama? patut nya kau bantu spread awareness......bukannya bagi idea lousy mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
PKP Semula - Marah kata kerajaan zalim
Laksana PKPB - Marah kata ia tak cukup berkesan
Perketatkan SOP - Marah sebab rasa terkongkong.
Longgarkan SOP - Marah sebab kes masih tinggi
Tak boleh rentas negeri dan daerah - Marah
Bagi rentas negeri dan daerah - Marah
Buka Sesi Persekolahan - Marah bahaya
Tutup Sesi Persekolah - Marah susah belajar. Anak tiada sapa jaga.
Tutup kilang dan pembinaan - Marah Sekat Rezeki pekerja
Buka kilang dan pembinaan - Maki hamun punca kluster
14 hari Kuarantin - Marah sebab lama sangat susah nak cari makan
10 hari Kuarantin - Tak cukup masa boleh sebar kes
Kuarantin di Hotel - Marah sebab Mahal kena byr
Kuarantin di Hostel Kerajaan - Marah sebab tak selesa/ rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri
Bagi keluarkan KWSP akaun 2 - Marah tu duit sendiri kenapa kerajaan tak bagi bantuan
Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1 - Marah lagi sebab tu duit sendiri kenapa nak sekat
Bagi BPN 2021 - Marah sebab hanya bersasar untuk b40/m40
Tak bagi BPN 2021 - Mengamuk sebab rakyat terjejas
Cucuk Vaksin - Marah kata tu agenda Yahudi
Vaksin lambat sampai - Maki kerajaan lembab bagai
Menteri Cucuk Vaksin Dulu - Kenapa Ambik Slot Vaksin Kami?
Kenapa Tak Bagi Frontliners Dulu?
Menteri Tak Cucuk Vaksin Dulu - Kenapa Menteri Takut Vaksin?
Jangan jadikan kami tikus makmal.
Ape pon tak boleh semua tak kena 🤣😂
Tu la netizen, serba serbi kerajaan buat tak kena.
Pesanan kawe buko spital dan balai polis sendiri sb anda seorang yang hebat 🤣 |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya lock down ke tak kalau sikap rakyat (kaya or kedana) masih
pentingkan diri xjalan juga. Kesalahan Kerajaan sebab pelaksanaan tak buat
betul2.
Masa PKP 1.0 pun ramai ja rakyat langgar sop. Kerajaan bg ketua keluarga
beli barang si bini pun diseludup nak ikut juga. Dah bagi laki bini beli barang sibuk nak usung anak.
Buatlah apa pun sampai AJM masih akan ada yang langgar.
Mall dibuka untuk beli barang keperluan. Gigih la dok bersalam raya bagai. Si bini polis sibuk la bersalam di jalan. Cuba kerajaan benarkan rentas, si bini nak salam ke suami kat jalan
Peliknya yang langgar sop ni xmampus kena covid pula. |
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan replied at 19-5-2021 09:50 AM
kau keje makan gaji.......dok rumah gaji jalan boleh lah sembang total lockdown la apa la bagai.
...
Simpanannya dah cukup utk last 7 keturunan la itewww....
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
TT berapa lama kuarantinnya baru muncul?
Atau kena lokap 4 bulan sebab tak mampoo bayar kompaun langgar SOP?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
akak cuma nak tanya kepada so called pakar kesihatan awam UPM ni lah kan, berapa kerat patient covid kat hosp pengajar upm tu? ada 5 orang? ada takkkkk??? |
|
|
|
|
|
|
|
ONEK replied at 19-5-2021 09:55 AM
PKP Semula - Marah kata kerajaan zalim
Laksana PKPB - Marah kata ia tak cukup berkesan
Hahaha. Kan. |
|
|
|
|
|
|
|
ONEK replied at 19-5-2021 09:55 AM
PKP Semula - Marah kata kerajaan zalim
Laksana PKPB - Marah kata ia tak cukup berkesan
Betul tuhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
ais_kosong replied at 19-5-2021 09:55 AM
Sebenarnya lock down ke tak kalau sikap rakyat (kaya or kedana) masih
pentingkan diri xjalan juga. ...
Well said..so.nasib baik ada jugak forrumers berfikiran betul mcm.ni |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda replied at 19-5-2021 10:10 AM
akak cuma nak tanya kepada so called pakar kesihatan awam UPM ni lah kan, berapa kerat patient covid ...
Adham baba tak nak ke guna hosp uni mcm upm uitm tu sbg pusat rawatan covid..dgr citer smlm dia g jenguk2 hosp uitm sg buloh dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan replied at 19-5-2021 09:50 AM
kau keje makan gaji.......dok rumah gaji jalan boleh lah sembang total lockdown la apa la bagai.
...
Wow taktau pulak spread awareness adalah satu cara yg terpalingggg penting kekang pandemik yg dah masuk 2tahun neh.kat UK haritu agaknya terer giler laa diorg spread awareness ... |
|
|
|
|
|
|
|
... ramai ramai lah desak kerajaan utk buat total lockdown .... |
|
|
|
|
|
|
|
nak aje...cuma payah sbb diorg ni ketegaq lain macam..tunggu kkm hantar barang kot or bagi duit, baru nak terima covid patient
hosp dia kosong bukan ada ramai patient..parking pun boleh main bola sepak 4 pasukan
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg kena lockdown dlm 4 weeks utk redakan semua ni.. bkn soal mkn gaji atau tak..
ini je caranye.. dr mcm ni yang tak kesudahan..
skrg pn buat pkp mcm ni, peniaga kecil still terjejas.. so until when..
smp lockdown, smbl completekn vaksin..
semua dh tak boleh nk selfish... kita berperang dgn virus kot skrg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Total lock down klu kayangan dpt exemption n escape penalty all the time mmg xjln jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn lockdown.
Golongan B40 kais pagi makan malam, kais pagi makan subuh mohon utk berpuasa straight 2 minggu. Buka & soq minum ayaq kosong ja.
Tolong buat demi kemaslahatan semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thank you
|
|
|
|
|
|
|
| |
|