BANGUNAN SEG Plaza (tengah) dirakam selepas ia bergoyang di bandar raya Shenzhen dalam wilayah Guangdong di selatan China hari ini.- AFP
Pencakar langit China bergoyang
BEIJING – Salah sebuah pencakar langit tertinggi di China dikosongkan hari ini selepas bangunan itu mula bergoyang, mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam kejadian di bandar Shenzhen, selatan negara itu.
Bangunan SEG Plaza setinggi hampir 300 meter itu mula bergegar sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) sekali gus mendorong pihak berkuasa memindahkan orang ramai di dalamnya.
Media tempatan melaporkan bahawa bangunan itu ditutup setakat pukul 2,40 petang (waktu tempatan) tadi.
Siap pada tahun 2000, menara itu itu menempatkan premis barangan elektronik di samping berbilang pejabat.
Sementara itu, pegawai-pegawai pengurusan masih menyiasat punca menara itu bergoyang, demikian menurut satu kenyataan di laman sosial tempatan, Weibo.
“Selepas memeriksa dan menganalisis data beberapa stesen pengawasan gempa bumi di seluruh Shenzhen, tiada gempa bumi berlaku di bandar ini hari ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan sama menyebut bahawa tiada keretakan pada bangunan dan kawasan di sekitarnya. – AFP
Post time 19-5-2021 10:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
underground replied at 19-5-2021 10:37 AM
Takde menghanjing pun, nape sentap+koyak?
Kau pun made in china moyang merempat mengemis ke Mal ...
Play stupid is it konon tak faham bahasa menganjing?
Kang kalau aku kata petronas twin towers tu pun menara 2 dia senget ko happy juga ka? Nauzubillah PNB118 tu under construction anything can happen. Benda ni bukan lawak.
Post time 19-5-2021 10:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bukan ke normal bangunan bergoyang ni kaka? Macam dekat Jepun & Taipei tu. Tapi sebab ni di China of course iols pun cabut lari silap2 terkambus sekali dengan bangunan dan kek2 mamasabariah yang iols COD di situ, mati pun dalam keadaan mengaibkan sebab waktu mati tu lipstick masih berada di tangan, lipstick Old & Shine X Mamasabariah.
yang video plaza shenzhen ni bukan goyang kan tapi shaking...
scarynya dah la plaza tu tinggi tak hengat habis la supplier2 alibaba punya office kena katup lama
sapa sapa dalam civil engineering memang tahu kan bangunan pencakar langit ade sway ...wind effects ka? Twin Towers pun ade , cuma kan kalau China ni - well...roket depa pun kisahnya ada issues pun, depa nak lambakkan dumping kat angkasaraya dan akhirnya bermasalah ( tak seperti negara explorer angkasaraya yg lain ) pada semua orang, so bila ada news ni ...interesting juga ni.
Lagipun , China juga mengalami gempa bumi juga kan...
iols pun baru check vidnya kat youtube...
nak deny apa engineer samsung tu kata pun tak boleh sebab dia ada upload kat youtube channel dengan semua bukti2 dari side dia...
harap2nya selamat lah pembinaan bangunan pnb tu kalau tidak habis la duit pnb... dividen pun makin kurang... pelabur2 pun lari..
Tak ada gempa bumi ke hapa hanya tetiba je ia berhayun boleh nampak jelas dalam video utube tu. Pihak sana pun tengah siasat macam mana boleh jadi macam tu.