Menerusi video terbabit kelihatan pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman itu memakai jubah dan serban sambil berjoget serta melompat mengikuti lagu irama Arab.
Namun, bendera yang digunakan untuk melambangkan Palestin itu bukanlah bendera Palestin sebenar tetapi ianya bendera negara Sudan.
Mungkin Aliff terlalu bersemangat sehingga tertukar antara kedua bendera itu. Dalam pada itu, dia turut menunjukkan riak wajah bengis apabila pada bendera Israel.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aliff. Ada juga yang menegur bendera yang digunakan oleh Aliff tersebut.
Bukan itu sahaja, ibunya Bonda Rozita Ibrahim turut meninggalkan komen pada perkongsian anak lelakinya itu.
Nak juga joget2 Arab
Sumber: Instagram Aliff Syukri