Pelbagai kisah masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid19.
Paling mengharukan, ramai ahli keluarga yang porak-poranda kerana suami-isteri yang terpisah oleh PKP dalam tempoh yang agak lama.
Tetapi kisah yang paling tragis ini dikongsikan di Facebook oleh seorang peguam bernama Nur Fatihah Azzahra tentang seorang lelaki yang telah bertanyakan mengenai hukum li’an iaitu suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya.
Kredit Foto: Carian Google
Apakan tidak, isteri yang tidak disentuh selama lebih setahun kerana hubungan PJJ tiba-tiba bersalin. Yang lebih menjijikkan, ‘benih’ lelaki yang disyaki adalah adik kandung kepada lelaki itu sendiri!
‘Kisahnya mereka ipar duai kedua-duanya sudah berumahtangga dan atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Disebabkan PKP, suami lama terkandas di Perak tak boleh rentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras bertiga’ cerita Nur Fatihah lagi.
Kredit: Facebook
Entah bila dan bagaimana, isteri mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras. Sehinggalah apabila diketahui dia mengandung, beriya-riya mulanya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamilan).
'Separuh gila si suami, berada di Perak dan dimaklumkan isteri dengan berita ‘malang' sebegini. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui di samping kesan Li'an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti' kata Nur Fatihah lagi.
Kredit : Facebook
Semoga si suami yang kini berada dalam keadaan buntu dapat merungkai masalah ini dengan bantuan peguam syarie dan Mahkamah Syariah. -CARI
|