CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13807|Reply: 108

[UPDATE] Kes Saman : gembira perbicaraan tamat, dah lali kecaman

[Copy link]
Post time 19-5-2021 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 21-5-2021 10:05 AM

Ali Puteh dah lali kecaman

  


Kuala Lumpur: "Saya dah lali dan tak kisah netizen nak cakap apa kerana mereka tidak menentukan keputusan mahkamah," kata pelawak Ali Puteh mengenai kecaman berterusan yang dilemparkan kepadanya menerusi media sosial.

Ia berikutan laporan Harian Metro kelmarin mengenai kegembiraan Ali apabila perbicaraan kes saman terhadapnya sudah tamat selepas semua pihak tampil dengan keterangan masing-masing.

Ali, 32, berkata, netizen tiada hak untuk menentukan siapa betul dan siapa salah dan dia tidak perlu ambil kisah dengan mereka.

"Hanya mahkamah yang boleh tentukan keputusan. Ada juga netizen yang mengata macam-macam dekat Instagram, tapi saya jawab komen elok-elok kerana kita masih meraikan Syawal.

"Kalau mereka kata Nor Hidayah (kakak ipar) menang tak apalah. Saya tak nak cemarkan bulan Syawal ini dengan perbuatan yang kurang manis. Saya dah biasa dengan kejian orang. Alhamdulillah saya okay saja," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan mengambil tindakan terhadap netizen yang menghina fizikalnya secara keterlaluan.

"Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ejekan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah. Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Jangan pula kata saya asyik nak saman saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan 'print screen' dan ambil tindakan," katanya.

Ali berkata, dia sudah malas untuk bergaduh dengan mereka di media sosial kerana ia hanya membuang masa.

"Cara untuk ajar mereka ialah bawa ke mahkamah. Kalau sembang dalam media sosial takkan habis sampai bila-bila.

"Kalau dia salah dan kena bayar denda contohnya RM500,000, barulah kesal dan nak minta maaf. Saya harap doakanlah yang baik-baik dan jangan memaki hamun kerana ini bulan Syawal. Kalau betul nak jumpa saya boleh datang mahkamah," katanya.

Terdahulu, kemelut keluarga membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos tahun lalu.

Ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak menyamannya dengan tuntutan mencecah RM900,000.





Ali Puteh gembira perbicaraan tamat



  


Kuala Lumpur: Pelawak Ali Puteh, 32, gembira apabila perbicaraan kes saman terhadapnya akan tamat tidak lama lagi selepas semua pihak tampil dengan keterangan masing-masing.

Adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini menerusi Instagram berkata, selepas lebih setahun bersabar dengan ujian ini, kini dia akan menunggu keputusannya nanti.

"Moga ada sinar buat keluarga kami. Terima kasih semua mendoakan. Cuma berpesan jangan kita menyebar fitnah lagi kerana fitnah itu dosanya sangat besar.

"Berbohong juga dosanya sangat besar. Syukur padamu Ya Allah. Tersenyum gembira hari ini. Allah dengar doa mak buatmu arwah Abam. Tenang di sana abang," katanya.

Terdahulu kemelut membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Perbicaraan terpaksa ditunda dari September ke Februari akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak menyamannya dengan tuntutan mencecah RM900,000.

Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali berkata, saksi terakhir iaitu Nur Hidayah selesai memberi keterangan semalam.

"Lapan orang saksi memberi keterangan dan Hidayah adalah saksi terakhir. Mahkamah menetapkan 18 Jun ini untuk failkan hujahan. Selepas itu barulah keputusan dibuat dan dijangka akan selesai sekitar dua bulan lagi.

"Bagi pihak kami, kami serahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menilai. Antara sebab saman ini dibuat kerana Ali nak membersihkan namanya," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
rengsa tengok mask kat dagu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Okeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Confident + petik nama tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai.. blum settle dh berbunyi. Kalau kalah nanti x ke malu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli.....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
""Moga ada sinar buat keluarga kami.""

Kan dah dapat? I-sinar tu..hehehe~
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kat fb td. Ingatkan dah menang bila baca rupanya hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 19-5-2021 09:08 PM
Confident + petik nama tuhan

Biasa la penunggang agama bnyk zaman skrg
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampahnya tengok dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dah menang...
Ntah apa2 berebut harta yg bukan milik kau.
End up saman menyaman....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kalah besar
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dayah pakai lawyer mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2021 09:44 PM | Show all posts
busuk je bau
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya risau sungguh dgn kes ni. Kes ni boleh jadi rujukan.

Ada penjual hibah takaful kata, apabila meninggalnya seorang lelaki dan dia meninggalkan balu serta anak lelaki, pemegang amanah yg layak adalah ibu si mati. Bukan ibu kepada anaknya. Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:34 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 19-5-2021 10:27 PM
Saya risau sungguh dgn kes ni. Kes ni boleh jadi rujukan.

Ada penjual hibah takaful kata, apabil ...

tak la...  pemegang amanah si balu, melainkan keluarga arwah boleh buktikan yang balu tara guna satu sen dan akan menghabiskan harta si anak yatim, dan hakim bersetuju then baru la boleh pass pemegang amanah ke orang lain...  tu pun hakim yang akan decide...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:35 PM | Show all posts
Rogue98 replied at 19-5-2021 09:29 PM
Ingat dah menang...
Ntah apa2 berebut harta yg bukan milik kau.
End up saman menyaman....

dah kalau rebut harta orang, merempan la menyaman...  dengan harapan menang wang besau...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 19-5-2021 10:34 PM
tak la...  pemegang amanah si balu, melainkan keluarga arwah boleh buktikan yang balu tara guna sa ...

Betulke? Tiba2 rasa lega. Astaghfirullah. Bukanlah saya nak jadi balu. Saya harap, saya yg mati dulu sebelum suami. Tapi, kalau jadi apa2 pada dia, takut jugak.

Penjual hibah takaful ni, suka takut2 kan orang. Geram pulak rasanya.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:39 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 19-5-2021 10:27 PM
Saya risau sungguh dgn kes ni. Kes ni boleh jadi rujukan.

Ada penjual hibah takaful kata, apabil ...

Suruh dia bukak kitab faraid. Belajar balik.
Nak jual insurance tapi bagi input salah. Apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh... Baru habis perbicaraan je... Kalut sangat la..
Tapi, kalau dah habis bicara, bukan terus dpt keputusan ke...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058546 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list