Seorang ibu muda bertindak masuk ke sebuah restoran dan meninggalkan bayinya yang baru lahir pada seorang pelanggan sebelum melarikan diri.
Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditinggalkan bersama seorang pelanggan yang sedang makan di sebuah restoran di Bandar Jersey di New Jersey, Amerika Syarikat.
Rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang remaja berjalan memasuki restoran dan meninggalkan anaknya bersama Alesea Scott yang sedang makan tengah hari bersama teman lelaki.
Foto: Mirror
Menurut laporan, remaja berusia 14 tahun itu memaklumkan kepada seorang kakitangan restoran mengenai penemuan seorang bayi perempuan, sebelum melarikan diri.
NJ melaporkan bahawa pemilik restoran, Frankie Aguilar berkata, remaja berkenaan memasuki premis dan kelihatan terdesak apabila mahu mendapatkan bantuan.
Remaja itu meninggalkan bayinya bersama seorang pelanggan dan melarikan diri ketika kakitangan menghubungi polis.
Pelanggan terbabit membantu memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi berkenaan, sebelum dibawa dengan ambulans ke Pusat Perubatan Bandar Jersey.
Menurut laporan ABC7, anggota polis berjaya menjejaki ibu muda itu dan bayi berkenaan didapati dalam keadaan baik.
Jurucakap polis memberitahu, ibu kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan belum dikenakan sebarang pertuduhan buat masa ini. -CARI
Post time 25-5-2021 09:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni baru betui betui ibu muda. Dalam segmen apa tah astro prima, ada wawancara seorang ustajah dgn perempuan perempuan. Tgk muka dah umur umur 30an, celah mana 30an tu ibu muda, kekadang diri sendiri suka ngaku ibu muda, padahal org lain 30an tu, anak dah umur 12 tahun dah. Perasan. Rasa gelimat tgk iklan wawancara ibu muda tu. Tak sedor diri.
Post time 25-5-2021 12:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak suka orang buat mcm ni kat baby. Tapi kira dia brhati perut bagi kat orang. Bukan buang dalam tong sampah bagi anjing makan.. Kat malaysia buang anak bukan sesuatu yang menghairankan.
Post time 28-5-2021 03:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
edayildiz replied at 25-5-2021 01:02 PM
kokusen pun buang ank jgk eh..xblh ke lps beranak tu bgtau jer mak ayah dorg..takkan mrh kot
Aiol masuk balik tered ni just to confirmkan memang yang buang anak tu nigga. Baru jumpa bidyo kat Youtube. But kesian baby tu. Comel kot. Kus semangat gebu sungguh...
Aiol respek paramedik US datang siap bawak alat bantuan pernafasan untuk si baby comel.
aku amat kesian pada Ibu dan juga anak
bayangkan ibu itu bersaorangan lahirkan bayi itu.
dengan badan yg lemah kepala beserabut entah makan ke belum.
aku doakan yg terbaik..