View: 1388|Reply: 5
|
[Dunia]
Puasa 40 hari demi minta Tuhan beri Lamborghini
[Copy link]
|
|
Muradzira berpuasa sehingga 40 hari 40 malam dengan harapan diberikan sebuah kereta Lamborghini. - Getty Images
Puasa 40 hari 40 malam minta Tuhan beri Lamborghini
HARARE, ZIMBABWE – Seorang lelaki di Zimbawe hampir mati apabila berpuasa selama 40 hari 40 malam kerana berharap amalannya akan membuatkan Tuhan mengurniakannya sebuah kereta sport Lamborghini, lapor laman berita Daily Star kelmarin.
Mark Muradzira yang merupakan Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints di Bindura bertapa di sebuah gunung bagi mengelakkan dia daripada dihantui rasa teringin untuk makan.
Dia bagaimanapun diselamatkan selepas pengsan pada hari ke-33.
Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang penganggur terdesak untuk menghadiahkan Lamborghini tersebut kepada teman wanitanya.
Bagaimanapun, oleh kerana tidak mampu membeli kereta berharga £150,000 (RM879,231) itu, dia berpuasa selama 40 hari demi mengharap pertolongan Tuhan.
Malangnya, tindakan tersebut tidak berkesan dan ketua gereja tersebut, Bishop Mawuru berkata Muradzira seharusnya berpuasa untuk meminta kerja memandangkan dia sedang menganggur.
Mereka yang datang ke gereja lelaki itu kemudian mendermakan wang bagi membantu Muradzira membeli kereta tersebut dan jumlah kutipan yang diterima hanya £30 (RM175).
Wang tersebut digunakan bagi membiayai kos perubatan Muradzira. -Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sabar je la . semoga cpt sembuh dan jmpa kerja yg bersesuaian |
|
|
|
|
|
|
|
Nak something usaha..bkn doa n tawakkal je..kalo dpt pn lambo xkerja cmne nk isi myk bro? Nk puasa lg utk duit myk? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada pasal ni beberapa hari lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Nak lambo?blajar laa dgn jijan semang atau ponder2 produk timbangkilo msia nih.. kekeke~
Chuolzs 7G or failed exam n x educated pn boleh berjaya dgn hasil didikan geng2 ituhhhh..{:smile{:smile{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Kutipan gereja RM175 tu Rasa cukup untuk dia beli cangkul, kapak dan boot |
|
|
|
|
|
|
| |
|