Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 28 tahun, mencuri tumpuan ramai apabila membuat satu video nukilan berjudul "KP lagi dan lagi".
Dalam video berdurasi 1 minit 29 saat yang dimuatnaik di Instagramnya, Uyaina mempersoalkan mengenai "isu berbangkit" yang sering berlaku antara golongan kayangan dan marhaen semenjak PKP dilaksanakan, iaitu pelanggaran SOP (Standard Operating Procedure).
Jom dengarkan "nukilan pedas" dari Uyaina ini.
Menteri sudah dikeji, VVIP sudah dicaci,
Selebriti sudah dimaki, golongan kayangan sudah dibenci,
Sebab kes yang semakin meninggi.
Memang golongan ini kuat mengundang kontroversi,
Tapi rakyat Malaysia yang lain semuannya berintegriti?
Tiada yang rentas daerah curi2?
Mintak surat dari pak polisi untuk memenuhi kehendak hati?
Kalau iya, takkan la lebuhraya pantai timur sesak lepas aidilfitri?
Takkan lah itu semua menteri dan selebriti?
Satu jari kita tunding pada seseorang, tiga kembali tunjuk kepada diri sendiri,
Jangan sibuk jaga tepi kain orang, sampai diri sendiri pun culas dan lupa diri.
Tiada lagi zon hijau di semenanjung, abang,
MAEPS dah tak cukup katil sekarang,
Hospital Sg Buloh pulak simpan jenazah dalam kontena sebab tak cukup ruang,
Yang ditakutkan bukan hanya kes kematian, saudari,
Tapi yang pulih dari covid dan hidup dengan komplikasi,
Siapa makan cili dia rasa pedas,
Siapa rasa pedas kata saya main cakap lepas,
Rakyat marhaen mahupun golongan kayangan,
Saya bukan nak terus menyalahkan,
Sekadar memberi peringatan juga kepada diri saya sendiri,
Tolonglah jaga SOP!!!
Kes semakin meninggi ni!
Takkan lah nak sambung PKP lagi?
dan lagi?
Semenjak dimuatnaik ke laman sosial 2 hari lalu, video ini telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali dan menerima hampir 2 ribu komen. Ternyata, ia menerima pelbagai reaksi dari netizen.
Mesej anak kelahiran Perlis itu sangat jelas dan padat! iaitu menyeru agar semua pihak berhenti menunding jari dan sama-sama mematuhi SOP agar kes harian Covid-19 dapat diturunkan semula.
Jadi persoalannya disini, adakah anda "merasa pedas" ketika menonton video ini?
|