Walaupun pandemik Covid-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda reda, namun upacara perkahwinan tetap berlangsung di India.
Dalam satu upacara perkahwinan baru-baru ini, majlis tersebut bagaimanapun bertukar menjadi tragis apabila pengantin perempuan rebah sebelum disahkan meninggal dunia.
Insiden pilu itu berlaku ketika pasangan pengantin sedang bertukar-tukar kalungan bunga.
Adik pengantin (dalam bulatan) jadi pengganti, Kredit foto: India.com
Secara tiba-tiba pengantin perempuan, Surabhi rebah dan tidak sedarkan diri ketika berdiri di sebelah pengantin lelaki, Manjesh Kumar.
Seorang doktor yang dipanggil mengesahkan Surabhi sudah meninggal dunia dan punca kematiannya adalah kerana serangan jantung.
Keluarga pasangan berkenaan kemudian berbincang dan memutuskan untuk meneruskan upacara perkahwinan tersebut antara pengantin lelaki dengan adik kepada pengantin perempuan.
Kejadian tersebut berlaku dua hari yang lalu di Samaspur, di daerah Etawah. -CARI
Sumber: mStar/ India.com |