View: 15884|Reply: 26
|
MISTERI GUNUNG TAHAN yang paling popular
[Copy link]
|
|
#Tahukahkorang
MISTERI GUNUNG TAHAN
Kepada peminat aktiviti ‘hiking’ pasti nama Gunung Tahan tidak asing lagi bagi anda. Namun kepada yang tidak pernah mendengar ataupun belum cuba dan ingin mendaki, eloklah kalau anda baca dahulu posting ini untuk memahami lebih jelas lagi tentang lokasi kawasan misteri yang akan admin ceritakan ini.
Sejarah Awal
Gunung Tahan ini terletak di Hutam Taman Negara Sempadan Negeri Pahang-Kelantan. Berdasarkan kajian sejarah seperti yang tertulis dalam jurnal oleh Skinner (1878), rakyat Eropah pertama yang mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia yang bernama Baron Von Mikluho-Maclay pada tahun 1875.
Gunung Tahan juga dipercayai mendapat namanya selepas dikategorikan sebagai satu kawasan larangan (Forbidden) atau ‘tahan dari datang atau didekati’. Larangan ini tidak dapat dipastikan alasannya tetapi ianya berkemungkinan untuk menjaga semangat gunung tersebut.
Menurut kajian awal yang dijalankan pensyarah Jabatan Pengurusan Hutan (Perniagaan Rekreasi dan Pemasaran), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Azlizam Aziz, walaupun tidak mempunyai bukti dalam bentuk catatan mengenai andaian bahawa terdapat sabotaj di mana pembesar Melayu ketika dahulu hendak menghalang ekspedisi penjajah untuk meneroka hasil alam semula jadi di negara tercinta.
“Itu andaian kita, tak direkodkan dan tiada bukti tetapi logiknya boleh terjadi. Banyak yang kena kaji, yang bertulis dan lisan. Pembesar dulu memang bijak, mereka ‘tipu’ penjelajah Inggeris dengan berpakat bersama penunjuk arah supaya memutar belit laluan. Kebanyakan ekspedisi gagal di kawasan sama iaitu di Teku Gorge,” katanya.
Sebenarnya ekspedisi-ekspedisi ini cuba meneroka ke kawasan yang melangkaui Gunung Tahan iaitu ke kawasan misteri di lembah gunung-gunung hutan Taman Negara untuk cuba mencari sesuatu. Tetapi apakah yang ada disebalik puncak Gunung Tahan ini? Persoalan ‘Forbidden forest’ ini sehingga kini masih belum terjawab lagi.
Untuk makluman anda, hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama ATM dan Unit-unit Komando negara-negara asing tajaan the Jesuits menjaga dengan ketat kawasan lembah misteri ini. Mereka juga tidak berani masuk ke lembah ini. Ruang udara kawasan lembah ini juga telah dikuatkuasakan sebagai zon larangan terbang (no fly zone). Kalau anda berani terbang di kawasan ini, mungkin anda akan ditembak jatuh.
Kisah-Kisah Misteri Yang Berlaku Di Gunung Tahan
Pada tahun 1880, terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak.
Pada tahun 1898, W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak yang luar biasa besar.
Di sini admin juga masukkan sedikit info pengalaman seram pendaki tempatan yang pernah mendaki Gunung Tahan:
Pocong di Tepi Trek
“Sewaktu on the way ke Kubang selepas Belumut dan waktu ketika itu senja, aku ngan kawan-kawan stop sekejap sebab kawan aku kononnya tangan terkena duri. Sewaktu berehat tetiba kawan aku yg kat depan tu azan, lepas azan kami masih lagi tidak berjalan tetapi semua orang resah gelisah sampai aku pun pelik. Rupa-rupanya kawan aku yang berada depan tu berhenti sebab die nampak benda putih dekat tepi trek dan kawan aku yang kat belakang sekali tu nampak pocong berdiri belakang kawan aku seorang lagi.”
Kelibat Orang Berjubah Putih
“Aku dan kawan-kawan terpaksa tidur kat Kubang sebab guider tidak mahu ambil risiko untuk berjalan waktu malam sebab time tu musim hujan. Jadi, aku dengan kawan-kawan aku walaupun tidak rela tetapi terpaksalah jugak ikut Lepas makan malam dan sembang-sembang sampai larut malam, masing-masing pon mulalah tarik sleeping bag masing-masing.”
“Tengah kawan aku abang Zack namanya tidur-tidur ayam tu, dia ternampak 3-4 orang berjubah putih turun dari bukit yang tidak jauh dari fly tidurnya. Lagaknya seperti orang alim-alim.”
“Makhluk itu ajak abang Zack ikut mereka tapi abang Zack taknak dan dia terus terlena. Esok paginya dia cerita pada guider depan aku dan kawan-kawan yang lain dan ada seorang kawan aku bagitahu malam td dia terjaga sebab terdengar ada orang mengigau tapi tak tahu siapa. Guider aku itu bagitahu kat situ memang ada kelibat makhluk berjubah tu sebab guider aku dulu pon pernah kene tegur ngan makhluk tersebut kerana buat bising malam-malam buta.”
Suara Memanggil
“Pada waktu siang, kawan aku perempuan dua orang tengah turun dari Gunung Rajah menghala ke Kem Melantai, time diorang berdua tengah jalan tiba-tiba ada suara yang memanggil kawan aku yg sorang ni. Memang dorang dengar jelas suara tu memanggil.”
Time tu aku dah jalan jauh ke depan dengan kawan yang lain. Kawan perempuan aku itu hanya berani bagitahu kisah ni selepas kami semua keluar dari hutan sebab die pun takot sejak kejadian nama die kena panggil tu.”
Cerita-cerita yang didengar daripada mereka yang berjaya mendekati kawasan Lembah Misteri:
1. Terdapat bacaan e.m.f. (daya elektromagnetik) yang amat kuat.
2. Kompas akan berpusing-pusing atau tidak berfungsi dengan betul di sesetengah tempat.
3. Terdapat binaan seakan-akan rupa piramid Giza dan bekas tinggalan bandar yang besar setara dengan binaan-binaan bangunan di Macchu Pichu, Amerika Selatan.
4. Kadang-kala terdengar bunyi ledakan kuat seakan2 bunyi dentuman guruh datang daripada arah hutan tebal di situ.
5. Kelihatan kerdipan-kerdipan dan bola-bola cahaya turun naik daripada kawasan hutan (dikatakan hanya berlaku di dalam bulan Disember sahaja).
Credit : Blog
^mak anjang hot^
|
|
|
|
|
|
|
|
'The truth is out there'-X-Files. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Pyramid tanah melayu.hu hu |
|
|
|
|
|
|
|
Nape la aku terbaca mlm2 ni.adui |
|
|
|
|
|
|
|
"Untuk makluman anda, hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama ATM dan Unit-unit Komando negara-negara asing tajaan the Jesuits menjaga dengan ketat kawasan lembah misteri ini."
LoL.
Lahai sekarang ada Google earth boleh tengok ya ka ada pyramid kt situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Unit Komando ATM tu boleh tahan lagi nak percaya..tapi kalau unit tajaan The Jesuits tu apa pulak...merujuk Freemason ke Dajjal. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree: "Untuk makluman anda, hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama ATM dan Unit-unit Komando negara-negara asing tajaan the Jesuits menjag ... Kalau tengok muka orang south america kan, banyak yang muka2 nusantara. Mungkin dulu tempat kita ni satu benua dengan dia orang sebelum "we are what we are now", so pyramid yang kat tempat kita ni pun sisa2 yang terpisah dari sana kot? Tak tau lah andaian je, bukan pakar sejarah pun aku ni hahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai macam tu sekali misterinya ya. Ermmm..... |
|
|
|
|
|
|
|
ni nk citer psl sejarah ke psl citer seram
bercampur2 |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap je lah tu perkampungan tengku jalal dan acik kepam. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-5-2021 11:09 PM
'The truth is out there'-X-Files.
Tenetnet tenet tenet... niuniuuniniuuniuu...
Adeh.. dan2 lagu dia dok jumping dlm otak aku |
|
|
|
|
|
|
|
misteri ini betul ke tak betul... di kala dah ada dron semua ni misteri masih belum dirungkai maknanya ada yang jaga tempat tu. samada askar yg tembak orang yg nak ceroboh.. atau "askar lain" |
|
|
|
|
|
|
|
mmg something sgt. geng aku study dulu pernha buat kem mai sini. jd kes.. biasalah yg pi tu laki pompuan. tgh daki tah apa diaorg buat. mmg kena gangguan kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
X silap la aku xsuka aktiviti hiking ni |
|
|
|
|
|
|
|
berapa banyak kacang da kau kutip |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah pernah mendaki gunung tahan dan sampai puncak pada hari ke 3
Alhamdulillah jgk sepanjang 7hari dalam hutan tu takde kejadian yg aneh2
Cuma masa tido kat kem gedung berhadapan dgn kem padang yg dh lama ditinggalkan sampai bersemak samun tu je ada rasa seram nak bangun pagi keluarkan muka bukak mata dr dlm sleeping bag. Terpaksa tendang org sebelah utk bgn hahahaaa.. seram bkn sebab apa pun, lebih pd sayup memandang view penuh gitu.. tido pun lena jeee
Antara gunung yg aku nak repeat utk didaki lagi. InsyaAllah.. pemandangan memuaskan.. indah ciptaanNya. Lain gunung, lain caaran dan penghayatannya.. gituuu
Seronok perjalanan dr kem botak ke bonsai ke puncak gunung dan seterusnya ke kem gedung.. lepastu banyak main sungai.. cross mengcross sampai lebam |
|
|
|
|
|
|
|
Didi_Aira replied at 2-6-2021 08:46 PM
X silap la aku xsuka aktiviti hiking ni
aku tu bkn hiking tp program university.. wajib join
|
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 30-5-2021 02:19 PM
Kalau Unit Komando ATM tu boleh tahan lagi nak percaya..tapi kalau unit tajaan The Jesuits tu apa pu ...
Kann, xkan atm Mesia collaborate ng geng2 jesuit, cukupla bang non sorg je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|