View: 1455|Reply: 10
|
Gunting Tertinggal Dalam Perut Selepas Pembedahan
[Copy link]
|
|
Ankara: Tanda tanya ibu tujuh cahaya mata yang sakit selepas pembedahan terjawab apabila pemeriksaan mendapati gunting tertinggal di dalam perutnya.
Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki itu sebelum ini dimaklumkan sakit itu adalah normal selepas pembedahan dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu.
Foto: Agensi
Agensi berita tempatan, AHaber berkata, lebihan kulit perut Nurcihan dibuang doktor ketika pembedahan.
Dia kemudian dibenarkan pulang keesokan harinya selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Namun, dia kembali semula ke hospital selepas mendapati ada bengkak selain sakit pada perut.
Bagaimanapun, doktor hanya memaklumkan ia adalah perkara normal setiap kali selepas pembedahan dan sakit akan beransur pulih.
Selepas dua bulan, Nurcihan bersama suaminya pergi ke Hospital Negeri Soke untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana masih berasa sakit.
Apa yang mengejutkan, laporan imbasan sinar-X mendapati terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya.
Dia kemudian bertemu semula doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya bagi mengeluarkan gunting itu.
Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama dua jam.
"erut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan.
"Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Benar sungguh bagai peribahasa...gergaji gunting dalam perut.....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Cuai sungguh doktor yang membedah makcik ni. gunting kut. Tak kira alat pembedahan selepas habis operasi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 1-6-2021 12:00 PM
Ini la golongan yang paling tak boley pecaye. Udah la tu bila operet kita kene sain agreement yang kita pulak setuju ambek segale risiko. Kalo dapat serjen gile macamane?
Ade sedare aku deme tertinggey plastik macam misai kucen je, lambat buang langsung menderite seumor idop. Takleh koje sampe sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ni? La ni pyh naw nk blaku. Bukan xdak,payah dh nk blaku sbb suma alat mmg kira dlu seblom & selepas operations hatta kapas kapas hat dap2 darah tu pn kira dh guna bpa ketoi. Kalau jd jgk mmg khilaf depa la. Mintaak simpang ank branak kami. |
|
|
|
|
|
|
|
Sah ada kecuaian selayaknya disaman |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 1-6-2021 11:58 AM
Ini la golongan yang paling tak boley pecaye. Udah la tu bila operet kita kene sain agreement yang ...
negligence tidak tertakluk dlm kurungan undertaking yg telah kau tandatangani....you can still sue the hospital or the surgeon....terutama if due care has been compromised sehingga terjadinya incident tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Babai at 1-6-2021 04:36 PM
Lumrah. Medical negligence ni benda yang biasa terjadi di mana-mana tempat/negara di seluruh dunia. Boleh ambil tindakan undang2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|