View: 1206|Reply: 10
|
Total lockdown: Ramai di ambang muflis, pengusaha bas harapkan moratorium, bantu
[Copy link]
|
|
Kebanyakan pengusaha bas telah lebih setahun tidak mampu melakukan perjalanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengusaha perkhidmatan bas sememangnya bersyukur dengan pengumuman bantuan khas sekali bayar (one-off) yang diumumkan kerajaan berjumlah RM500 untuk mereka yang terkesan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang bermula pada Selasa.
Namun bagi kebanyakan mereka yang telah lebih setahun tidak mampu beroperasi dan melakukan perjalanan, cabaran yang ditempuhi mereka amat memeritkan.
Presiden Bas Catar Malaysia Mohd Rofik Mohd Yusoff mendedahkan ramai pengusaha terbabit yang sudah gulung tikar, malah ketika ini ramai yang sedang menanti untuk diisytiharkan muflis disebabkan tidak mampu lagi membayar ansuran bas yang dibeli.
“Saya boleh katakan lebih kurang 40 peratus pengusaha bas persiaran yang amat bergantung kepada sektor pelancongan sudah gulung tikar. Malah pengusaha-pengusaha bas yang lain seperti bas sekolah atau bas cartar (chartered) hanya menunggu masa untuk melihat bas mereka ditarik,” katanya ketika dihubungi oleh Astro AWANI.
Jelas Rofik, pengusaha bas ketika ini sebenarnya sangat menunggu untuk kerajaan mengumumkan moratorium menyeluruh secara automatik kepada mereka yang tidak lagi mempunyai jalan keluar.
“Kami tidak lagi kata harap tetapi memang kami minta sangat-sangat kerajaan laksanakan moratorium ini ataupun tolonglah ambil alih semua pinjaman ini daripada pihak bank ataupun syarikat kredit memandangkan hampir 90 peratus pengusaha bas menggunakan pinjaman dengan mereka berbanding bank kerana birokrasi,” jelasnya.
Tambah Rofik, syarikat pinjaman ketika ini dilihat tidak akan berkompromi langsung untuk mengambil tindakan bagi mendapatkan kembali pinjaman mereka.
“Bukan kita tidak hendak bayar hutang atau kita hendak lari dari hutang. Masalah sekarang ini kita tiada langsung pendapatan. Kerajaan boleh wujudkan perjanjian baharu sekiranya mereka mengambil alih hutang mereka daripada syarikat kredit ataupun bank nanti,” kata Rofik lagi.
Rofik juga merayu agar pihak Kementerian Pelancongan untuk membuka semula gelembung pelancongan yang kembali ditutup sebelum ini dalam masa terdekat bagi membolehkan mereka sedikit bernafas meskipun hanya untuk pelancongan domestik.
Jika tidak katanya, mereka perlu menerima realiti yang sememangnya sudah menanti mereka ketika ini.
“Mahu tidak mahu masing-masing hari ini hanya menunggu masa sahaja syarikat kewangan akan datang rampas bas ini kemudian bawa kita ke mahkamah dan dakwa sebelum diisytiharkan sebagai muflis.
“Apakah ini penghujung nasib kami sebagai pengusaha-pengusaha bas dalam Malaysia ini? Apakah kerajaan tidak lihat masalah kami sehingga tahap ini? Takkan kerajaan mahu lihat pengusaha-pengusaha ini satu persatu akhirnya diisytiharkan muflis,” jelasnya yang sangat berharap agar suara pengusaha bas ini didengari sepenuhnya oleh kerajaan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) mengumumkan bantuan khas sekali bayar (one-off) sebanyak RM500 bermula Julai depan.
Sumber : Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la aku jadi menteri |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sgt pakcik bas sekolah anak buah ai..dahla bas besar... harap ihsan mak ayah yg mampu je nk tanggung beban |
|
|
|
|
|
|
|
Pengusaha bas..kesian sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau border dah bukak, mesti takde peluang nk masuk kl naik bus gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat apa dgn.duit 500inggit? Beli tiub tayar pun tak lepas. Bangang punya gomen PN-UMNO tebuk atap hamjadah |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih aku baca berita-berita macamni |
|
|
|
|
|
|
|
Total? Where… when.. how? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kami usahawan ni mengharap sgt dapat mora auto
Paling bagus kalau bagi 6 bulan
Bolehla bernafas skit..
kalau tak kesian la pekerja
Nak bayar hutang lagi ..
tapi income tak masyuk sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|