Kredit foto: IG
Semua resah gelisah apabila ‘total lockdown’ diumumkan kerajaan.
Walaupun pelaksanaannya disambut baik, kebenaran berniaga diberi kepada golongan peniaga kecil sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencetuskan kebimbangan.
Mana tidaknya, kita takut orang ramai 'tidak lekat' di rumah.
Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Datuk Fizz Fairuz yang menyuarakan kebimbangannya di Instagram.
Kredit foto: IG
Berkongsi paparan berita ‘Penjaja kecil tidak perlu kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)’, Fizz mencadangkan semua pihak duduk di rumah, sama-sama susah seketika untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19.
"Dua minggu je, kita sama-sama susah kejap lepas tu kena sama-sama cari rezeki. Macam mana, tak begitu bang?" tulisnya.
Meskipun ramai bersetuju dengan perkongsian Fizz itu, segelintir berpendapat pelakon terbabit tidak memahami kesusahan bakal dihadapi peniaga kecil seandainya dilarang berniaga.
Kredit foto: IG
Melihat ruangan komen, Emelda Rosmila turut mempersoalkan PKP kali ini yang dilihat seperti tiada perubahan. - CARI |