Alamak, seriau melihat trend baru senaman 'gantung diri' yang semakin popular di China.
Menurut laporan Oddity Central, menggantung leher pada tali kelihatan berbahaya dan berisiko membawa maut.
Kredit foto: Oddity Central
Namun, warga emas berpendapat sebaliknya apabila mendakwa senaman itu menyembuhkan sakit belakang mereka.
Malah, senaman itu menjadi kegilaan di kalangan warga emas terutama di wilayah Liaoning sejak beberapa tahun lalu.
Kredit foto: Reuters
Senaman itu memerlukan individu menggantung leher pada abah-abah bertali yang digantung di pokok dan boleh memilih sama ada untuk membiarkan saja tubuh tergantung atau menghayunkannya ke depan dan belakang serta membuat bentuk bulatan.
"Rutin ini menyembuhkan sakit tulang belakang dan saya tidak lagi bergantung pada ubat-ubatan. Malah, saya boleh tidur sambil melakukannya kerana ia sangat selesa," kata wanita warga emas yang mengamalkan senaman itu sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Difahamkan, senaman luar biasa itu diperkenalkan Sun Rongchun asal dari Shenyang untuk mengurangkan sakit lehernya pada 2017.
Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa kaedah itu tidak terbukti selamat dan boleh menyebabkan kecederaan serius pada tulang belakang, malah berisiko mengakibatkan lumpuh.
Kredit foto: Reuters
Leher seseorang hanya boleh mengangkat beban seberat 25 kilogram, jadi membiarkannya menahan beban beberapa kali ganda untuk jangka masa lama sambil menggerakkan tubuh badan bukanlah satu senaman yang selamat. - CARI |