View: 1480|Reply: 5
|
Dikecam Tayang Koleksi Emas Di TikTok, Bukan Main Besar Tapi Bunyi Macam Tin Kos
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Tindakan seorang wanita menayangkan koleksi barang kemasnya yang banyak di media sosial TikTok mendapat kecaman netizen, lapor laman berita Liputan 6 semalam.
Dalam salah satu video berkenaan, pemilik akaun TikTok @raeshamas itu menunjukkan koleksi barang kemas untuk santapan mata pengikutnya. Wanita itu berkata, hobinya ialah mengumpul barang perhiasan mewah itu.
“Maaf ya, saya bukan mahu menunjuk-nunjuk,namun inilah hobi saya. Jika anda tidak suka silakan skip (langkau) sahaja ya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik kelmarin.
Kredit foto: Agensi
Raesha sememangnya gemar memakai aksesori emas di seluruh badannya dan memberitahu penonton bahawa semua barang kemasnya adalah tulen.
Namun, ramai netizen yang mempersoalkan keaslian koleksi emas Raesha kerana pada video tersebut, emas yang dipegang menghasilkan bunyi seperti tin kosong dan ada juga yang bimbang dia menjadi sasaran perompak kerana menunjukkan koleksi emas yang dimiliki.
“Emas 24k tetapi mengapa bunyinya bising. Emas itu bunyinya seperti batu dan bukan seperti besi,” tulis seorang netizen.
“Hati-hati ya, risau nanti ada yang mahu merompak,” tulis seorang lagi netizen.
Video tersebut sehingga kini sudah ditonton lebih 6 juta kali. -CARI
Sumber: Kosmo/Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Tu emas hollow yang dipakai, bukan padu. Kalau padu rantai2 dia pakai tu, mau patah tengkuk.
Anyway ada la jgk aku usha tiktok dia. Memang rajin beli emas.
Dia ni founder kosmetik ke apa? Sebab stail mcm founder kosmetik timbang kilo d Msia ni dah |
|
|
|
|
|
|
|
founder tabita kot kt indon hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak je barang emas jenis kosong bukan padu terutama yang saiz besar sangat macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yang padu besar2 gitu, mmg dah berat leher dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi design tu buruk buruk belaka. Mcm projek diy budak sekolah pastu spray paint dgn warna gold |
|
|
|
|
|
|
| |
|