View: 1543|Reply: 5
|
Lepas Makan Di Restoran Terus Lari, Helah 4 Wanita Kantoi
[Copy link]
|
|
Helah sekumpulan wanita di Amerika Syarikat untuk makan percuma gagal apabila mereka terpaksa kembali semula ke premis tersebut kerana tertinggal kunci kereta, lapor portal berita Metro UK kelmarin.
Kumpulan wanita itu enggan menjelaskan bayaran makanan yang dipesan dan bertindak meninggalkan restoran tersebut.
Dalam kejadian itu yang dirakam dan dimuat naik dalam aplikasi TikTok dan Twitter, seorang pelayan restoran kemudian meminta keempat-empat wanita tersebut membayar bil makanan mereka.
Foto: TikTok
Mereka turut diperli oleh pengunjung lain ketika kembali ke tempat duduk dan diminta untuk menjelaskan bil masing-masing.
Dalam klip video itu juga, kedengaran seseorang berkata, kumpulan wanita itu terpaksa kembali ke restoran tersebut selepas salah seorang daripada mereka telah tertinggal kunci kereta.
Keempat-empat mereka kemudian dilihat mengeluarkan dompet untuk membuat pembayaran.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan. -CARI
Sumber: Kosmo/Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kat sini pun ada, ada couple tu lepas makan tup2 hilang.
{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
acik2 ghetto ka? satgi kalau restaurant buat report, depa main isu racist lak.. especially kalau restaurant manager tu kokesen.. |
|
|
|
|
|
|
|
BLM ke ni?
Kan kalau org bising2 kata racist plk |
|
|
|
|
|
|
|
puak yg menumpang kat negara org tp rasa mcm negara sndri mmg suka main isu racist kan hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Laki tu cam will.i.am plak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|