Baru-baru ini, penyanyi yang pernah muncul dengan single terbaru 'Dusta cinta ini' , telah memuat naik foto bayi keduanya melalui imbasan ultrasound.
Foto: Instagram iamellymazlein
Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai kak Lina Pom Pom sangat teruja dan geram melihat bayinya yang menunjukkan ibu jari bagus pada foto ultrasound.
" Baby cakap, cantikkk dikk..tengok tu ibu jari dia...mama gerammmm da.. Syukur Alhamdulillah, baby sihat dan mama pun sihat. Doakan kepom dan baby selamat ya kesayangan ♥️♥️".
Sementara itu, Elly turut mendoakan untuk mereka yang masih menanti zuriat dipermudahkan dan dimakbulkan doa mereka untuk memilikinya.
" Kak Kepom pun doakan anda yang sedang usaha untuk mendapatkan zuriat, terus kekal usaha, doa dan tawakal ya. Kesihatan pun kena jaga juga. Senaman kena buat, jaga makan, ambik ubat yang sesuai ya. Insya Allah, Allah susun cantik buat kita semua. Cuma cepat dan lambat je. Bersangka baik selalu ♥️♥️," tulisnya di Instagram.
Terdahulu, Elly Mazlein dan pasangannya Mohamad Azlan Che Nuh ada berkongsikan berita kehamilannya di Instagram pada April yang lalu.
Selain itu, pelakon 'Kampung People' ini juga turut berkongsikan tips berguna dan usaha yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat. Diharap perkongsian Elly Mazlein memberi manfaat dan inspirasi kepada bakal ibu bapa di luar sana. -CARI
|