Nama Janna Nick meraih perhatian umum sekali lagi ditegur sebagai tidak sensitif akan perkongsian gambarnya di khalayak umum.
Terbaru, pelakon Janna Nick seolah-olah menerima tarbiah daripada peminatnya berikutan berkongsi gambar baju jarang selain menampakkan sedikit bahagian perut badannya selepas memuat naiknya di instagram.
Sebelum ini jarang sekali untuk melihat gambar-gambar yang kurang sopan dan kelihatan agak seksi yang dikongsinya sebagai tatapan umum.
Namun, mungkin kali ini beliau secara tidak sengaja menampakkan sedikit bahagian yang tidak sepatutnya.
Meninjau ruang komen, rata-rata para pengikutnya menasihati selebriti kesayangan mereka ini untuk memadam gambar berkenaan.
Kredit foto: Instagram Janna Nick
Dalam era di media sosial di mana selebriti/artis boleh berinteraksi secara langsung dengan peminat, sudah pasti ada yang memuja dan tidak kurang yang mengeji. Kalau penampilan kena dengan citarasa masyarakat pasti tidak ada masalah, namun jika sebaliknya, pasti mengundang kecaman berjemaah.
Apapun setiap teguran peminat itu tanda mereka sayangkan artis pujaan masing-masing kan? -CARI
|