Janna Nick masih elum menemui ubat yang sesuai bagi merawat gangguan mentalnya.
Kata Janna, sejak disahkan mengalami penyakit bipolar, sudah empat kali dia bertukar ubat.
Ada yang tak sesuai dengan kerjanya sebagai pelakon.
Foto: IG
"Sekarang saya dalam fasa mencari ubat yang sesuai, setakat ini saya dah empat kali tukar ubat.
"Satu masalahnya sebab kerja saya memerlukan emosi. Sebagai pelakon saya perlukan emosi yang sangat maksimum bila berlakon... kalau kena babak sedih, kena betul-betul sedih.
"Bila ambil ubat, dia akan buatkan kita jadi relak... disebabkan itu saya masih mencari ubat yang sesuai dengan kerja saya," katanya dalam satu sesi FB Live.
Pelakon ini juga berkata dia sedang berjuang untuk diri sendiri bagi melawan penyakit tersebut.
"Saya masih berjuang untuk diri sendiri... saya akui apabila ambil ubat ia sangat membantu.
"Cuma apabila keluar bekerja saya tak boleh makan ubat walaupun saya sebenarnya sangat perlukan ubat... saya boleh rasa perbezaan kalau makan ubat.
"Sampai sekarang saya macam tak percaya yang saya ada bipolar."
Aktres ini mengakui yang dia sangat susah sepanjang PKP ini apabila tidak dapat bekerja seperti biasa.
"enyakit saya ini ia lebih membantu kalau saya keluar pergi bekerja sebabnya badan dan minda saya dah terbiasa bekerja sejak dari umur 16 tahun lagi.
"Kalau sebelum ini, saya rasa tak seteruk macam tahun ini sebab bila rasa penat kerja, saya boleh pergi bercuti ke luar negara sebagai terapi.
"Sekarang dah dua tahun kita tak boleh travel... Apa yang saya buat sekarang kalau ada suara-suara kecil bermain di kepala, saya akan cuba salurkan benda itu dengan terus buat skrip."
Dalam masa yang sama Janna menasihatkan individu yang mengalami nasib sama sepertinya supaya segera mendapatkan rawatan.
"enyakit mental ni dia akan semakin teruk kalau kita tak dapatkan rawatan... hanya dengan makan ubat baharu kita dapat rasa perbezaan.
"ersekitaran yang toksik pun akan buat orang rasa tertekan.
"Saya sangat bersimpati dengan orang yang tidak berkemampuan untuk dapatkan khidmat pakar psikatri... macam sesetengah orang yang duit mereka boleh pergi jumpa psikatri dan dapatkan ubat." -CARI
Post time 6-6-2021 10:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak abis2 nk mengundang simpati netizen.
Bila menggedik dgn jntan semua takde pulak Bipolar ko dtg. Aritu ckp penat keja. Ni ckp nk keja pulak.
Sejenis lapar perhatian jgk dia ni
of course Janna Nick, apa benda pun kena ilmu , hidup kena dengan ilmu , materi is important but to deal with benda jiwa mind soul kena ilmu.
lagi satu yes- ubat you ambik for bipolar disorders tu memang sah sah aan affect your mood , feelings and emosi you lah sebab ubat tu direka dan diizinkan ALlah lah untuk berupaya masuk ke dalam otak dan affect your mood and temperamental.
tapi u kena tahu - how and why and kalau boleh pergilah sesi cognitive therapy - i am sure any psychiatrist ada kot mencadamgkan ini.
so kena faham bebetul. kalau lagi tak compliant lagi susah.
kesabaran tu saya puji untuk dia sebab banya ye cabaran hidup dia, tapi kesianlah bila terpaksa memilul mental load and tanggungjawab yg banyak.
i think Catherine Zeta Jones pun ada satu ketika breaking down. dan she has bipolar.
Post time 6-6-2021 11:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
selalunye retis obersi yg ada mental illness ni talented, tp kat malaysia ni yg jadi retis ada mental illness je. yg takutnya bipolar ni makin tua selalunya makin teruk, nasibla muda2 dah diagnosed dapat treatment.
aku dah tak tau nak percaya sape dah pasni. sebab benda nih ada yang betul2 hidap dan ada yang guna sebagai alasan untuk apa ntahlah aku taktau. sama dengan ustaz ustazah alim ulama pun aku dah semakin ragu2 sebab ramai penunggang agama. ntahlah labu