|
|
Berkongsi di Instagram, pelakon Ashraf Muslim memuat naik video sedang menjalani rawatan di bahu akibat Acromioclavicular Joint Injury Shoulder and Elbow.
 Kredit foto: IG
Jelasnya, doktor merawatnya memaklumkan bahawa dia mengalami kesan sampingan Covid-19 menyebabkan ototnya mengecut.
"Lepas baik scapula kena pula ac joint shoulder ni.
"Dr Rahmani kata, ada dua sebab benda ni terjadi, pertama hentakan kuat atau pun disebabkan virus. Kesannya otot kawasan tu mengecut.
"Jadi memang jelas kena Covid, sebab virus ini masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah," tulisnya.
Ashraf bagaimanapun reda berdepan dengan kesan sampingan Covid-19 yang menjangkitinya pada tahun lalu. - CARI
|
|