CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1841|Reply: 9

Isteri Positif Covid-19, Suami Sakit Kronik Ditemukan Dah Meninggal Dunia Di Rua

[Copy link]
Post time 8-6-2021 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Gudang: Pasangan suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di ruang tamu kediaman mereka di Taman Kota Masai di sini.


Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, wanita berusia 61 tahun itu disahkan positif Covid-19, manakala suaminya yang berusia 68 tahun pula dipercayai mengalami beberapa komplikasi kesihatan.


Menurutnya, kaunter aduan Balai Polis Scientex di sini, menerima maklumat kematian pasangan berkenaan pada 1 tengah hari.


Katanya, pasangan itu tidak mempunyai anak kandung dan mayat mereka ditemui oleh anak angkat yang berusia 19 tahun selepas pergi ke rumah berkenaan untuk melawat ibu bapa angkatnya kerana panggilan telefon mereka tidak berjawab.




Foto: Harian Metro




Menurutnya, kedua mayat mereka itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk proses bedah siasat.


"Hasil siasatan mendapati kedua-dua pasangan tersebut dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.


"Si suami dipercayai mempunyai penyakit kronik termasuk sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kematiannya berpunca daripada sejarah penyakit yang dihidapinya itu.


"Isterinya pula mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, turut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan selepas kematiannya.


"Siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah menyebabkan kematian pasangan itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.


Sementara itu, jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Esah, 40-an ketika ditemui hari ini memaklumkan dia diberitahu oleh anak angkat pasangan itu bahawa suami isteri terbabit sudah meninggal dunia.


"Anak angkat jiran saya nangis teresak-esak menyatakan kedua-dua ibu bapa angkatnya sudah tiada.


"Kali terakhir saya dia bertemu dengan pasangan itu pada minggu lalu dan beberapa hari lalu ada terserempak dengan anak angkatnya itu dan menyapanya serta bertanya khabar ibu bapa angkatnya.


"Mereka pernah beritahu ada sakit kencing manis dan darah tinggi dan hanya jiran perempuan yang sering keluar rumah untuk membeli barang dapur, manakala suaminya hanya di rumah.


"Wanita berkenaan dikenali sebagai Mak Besah memang dikenali ramai kerana pandai berubat dan suaminya dikenali sebagai Pak Bakar.


"Namun sejak minggu lalu memang tidak kelihatan mereka keluar dan saya menjangkakan pasangan itu tidak mahu keluar rumah kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailahirojiun..kna trace kontek ank angkat dia la plak kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:09 AM | Show all posts
Kesian nya. Makan ke idok tu sebelum ajal

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. makcik tu dpt jangkitkan drpd mana..masa pegi kedai beli barang ke. Ke ada org dtg berubat kt rumah dia bwk virus.



Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut teori blastoff ujian saringan covid tu boleh menyebabkan org sihat pun boleh dpt covid..ni org dh meninggal baru test rupanya sakit covid apa plk teori mangkuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 12:27 PM | Show all posts
Innalillah.. kesiannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la jiran pun kena ambil berat nak lagi bila dah tak nampak jiran kita keluar 2-3 hari. Especially orang tua yang tinggal sendiri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nizleen86 replied at 8-6-2021 05:02 PM
Sebab tu la jiran pun kena ambil berat nak lagi bila dah tak nampak jiran kita keluar 2-3 hari. Espe ...

Org tua pon kalau mcm ni kena rajin2 bertegur sapa dgn org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 09:27 AM | Show all posts
ok lah jugak ada anak angkat.. manusia punya suratan takdir takde sapa yg tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.198288 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list