"Sejujurnya, saya rasa bersalah kerana tidak menghiraukan semua DM (mesej) yang meminta bantuan."
Atikah Suhaime rasa bersalah dan terkilan terpaksa mengabaikan mesej pengikut yang meminta sumbangan.
Kredit foto: IG
Jelasnya, dia juga seperti kebanyakan orang yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.
Pendapatan diraih tidak sebanyak sebelum ini selepas banyak tawaran kerja ditunda.
"Sebab sama seperti kalian, saya juga susah. Macam lagu Whitney Houston, 'I Have Nothing'.
"Tapi saya bersyukur sebab ada keluarga yang menjaga di sini. Saya sepatutnya buat kerja sama macam tahun-tahun sebelumnya, tapi Covid-19 melanda. Semua kerja ditunda. Jadi, saya tiada pendapatan sangat," katanya seperti dipetik Kosmo!
Pelakon asal Singapura berusia 30 tahun itu sebaliknya menyarankan mereka meminta bantuan melalui saluran betul.
Kredit foto: IG
"Saya minta maaf tidak dapat membantu.
"Saya juga kadang-kadang rasa tertekan dan hilang harapan. Saya harap ada orang tersayang di sisi kalian supaya berasa sibuk dan mampu buatkan sekeliling jadi positif.
"Langitkan harapan dan percayalah bahawa semuanya akan baik-baik sahaja pada masa sukar ini. Sebab pada saya, percaya itu seperti doa," tambahnya.
Bak kata Atikah, jika kita percaya sesuatu yang baik, maka yang baiklah akan berlaku. - CARI |