View: 1573|Reply: 11
|
Anak Imigran Malaysia Maut Ditembak Di Amerika Syarikat
[Copy link]
|
|
ATLANTA, Georgia – Seorang anak perempuan kepada imigran Malaysia, Carmen Cai Yi Lee, ditembak dan terbunuh di sebuah bandar kecil di pinggir kota raya Atlanta, negeri Georgia, Amerika Syarikat, seminggu sebelum menyambut hari jadinya, lapor portal berita mothership semalam.
Carmen, 25, ditembak semasa memandu pulang daripada menghadiri parti barbeku rakannya.
Foto: Google
Menurut polis Doraville, seorang anggotanya menemui kereta Carmen di tepi jalan sekitar pukul 9.30 malam pada 29 Mei lalu. Apabila anggota polis memeriksa kenderaannya, merek menemui Carmen dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi pemandu.
Anggota-anggota polis kemudian mula memberikan bantuan kecemasan dan dalam proses tersebut, mereka mendapati Carmen mengalami luka akibat terkena tembakan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut akhbar tempatan, The Atlanta Journal- Constitution (AJC), terdapat sekurang-kurangnya 30 kejadian tembakan pada tahun ini di jalan-jalan di Atlanta dan daerah sekitarnya.
Seramai 10 orang termasuk Carmen meninggal dunia selepas ditembak ketika memandu kereta.
AJC melaporkan bahawa pasukan penyiasat berkata, banyak kes tersebut berpunca daripada kemarahan ketika di jalan raya, manakala majoriti kes tembakan jalanan itu masih tidak dapat diselesaikan.
Polis merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat kes tersebut supaya tampil membantu siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, teman lelaki Carmen memberitahu bahawa mangsa takut mendengar berita mengenai jenayah dan keganasan senjata di kota raya Atlanta dan mula membawa penyembur lada.
Saluran berita Atlanta,CBS46 melaporkan bahawa polis memberitahu keluarga Carmen bahawa kematian mangsa adalah kerana dia berada di lokasi salah dan pada masa yang salah.
Ibu bapa Carmen berhijrah dari Malaysia ke Amerika Syarikat sebelum dia dilahirkan, kata teman lelakinya kepada AJC.
Mangsa ialah anak sulung dalam tiga adik-beradik. Dia cuba menjadi teladan kepada adik-adiknya dan juga membantu ibu bapa mereka.
“Dia sentiasa membantu orang lain. Saya terpaksa memberitahu dia supaya berhenti dan menjaga diri sendiri dahulu,” kata lelaki itu. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya rasanya 2 hari lalu dah ada topik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Asian hate? Or american mmg suka nau tembak orang sesuka hati??? |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..2,3 hr lps ada sorang dh kena tembak jugak..kebetulan muka sama..ehh nama pun sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
American dream become nightmare |
|
|
|
|
|
|
|
before this 1 keluarga muslim kena langgar dengan truck pikap kat canada
purposely langgar |
|
|
|
|
|
|
|
Geng NRA & 2nd ammendment kan suka ratib gun don't kill people, people kill people... atau good guys need gun to fight with bad guys with gun.. sudahnya semua ada.. bole lah bunuh sesama sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
fly_in_d_sky: before this 1 keluarga muslim kena langgar dengan truck pikap kat canadapurposely langgar
ni yg diaorang dok kempen hentikan kebencian/anti asian tu. Banyak kat sana sasarkan org asia sebab org putih ni nak white supremacy diaorang terjaga. Jeles tengok bangsa lain berjaya dan kaya dr mereka.Tengok kat youtube camne polis2 diaorang tahan org kulit hitam yg innocent. Kalau org putih buat salah dipejam mata sebelah je.
|
|
|
|
|
|
|
|
senang citer .... toksa gi Amerika makan angin |
|
|
|
|
|
|
|
Sentimen anti asian makin kuat ramai yang dah balik kenegara asal sebab tak tahan |
|
|
|
|
|
|
|
ada sebab omputih buat begitu.
tahniah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|