"Andai dapatku undurkan putaran dunia."
Kredit foto: IG
Pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram meluahkan rasa sebak dan terharu mengenangkan adiknya, Elisya Sandha kini semakin dewasa dan matang.
"Saya mahu anak kecil comel ini yang dulu selalu mengekori saya ke mana sahaja, dengar kata dan tidak pandai melawan cakap.
"Tapi, apakan daya dia kini berusia 22 tahun dan saya perlu menerima hakikat bahawa dia kini memiliki kehidupan sendiri dan akan buat keputusan sendiri walaupun Angah (Fasha) bantah," ujarnya.
Kredit foto: IG
Katanya Fasha, dia mungkin bukan seorang kakak yang baik dan mempunyai banyak kekurangan, garang dan beremosi.
"Tapi saya nak kamu tahu bahawa jauh di sudut hati, saya akan selalu menyayangi dan mahukan yang terbaik buat kamu," katanya.
Kelihatan Elisya juga sebak dengan hantaran kakaknya itu.
"Suka buat orang touching, terima kasih Angah," ujarnya.
Kredit foto: IG
Biasalah tu bila kadang-kadang datang mood emosi nak touching-touching antara adik-beradik kan? - CARI |