Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri di Instagram mengecam tindakan melampau usahawan kosmetik bersama beberapa rakannya membuat video secara langsung di Instagram membincangkan topik yang menurutnya jijik didengari.
Kredit foto: IG
"Assalamualaikum, video khas untuk encik @safieyillias94.
"Sudah sampai masanya kalian perlu diambil tindakan selayaknya dengan perbuatan mungkar yang kalian anggap sebagai hiburan itu!"
Kredit foto: IG
PU Syed juga menyuarakan rasa terkilan dan kecewa apabila video live itu turut ditonton kanak-kanak bawah umur.
Apa yang membimbangkan adalah penampilan Safiey yang kurang sopan seperti kebiasaannya sambil menghisap vape dan menggoyangkan 'buah' di dadanya.
"Saya nak mengupas isu Safiey Ilias dan kawan-kawannya mengenai isu secara live mendedahkan sesuatu yang tak perlu didedahkan, dan membincangkan sesuatu yang sangat jijik untuk dibincangkan," ujarnya.
Lantaran itu, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
"Saya seru kerajaan yang memerintah, mereka mendedahkan segala-galanya dan beranggapan mereka berada di pihak yang benar. Ketika mana kita tegur, mereka beranggapan mereka teraniaya dan perlukan sokongan.
"Dan paling pening apabila ada pihak menyokong mereka dan produk mereka," katanya.
PU Syed kemudian berkata, Safiey tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang dan satu laporan polis dibuat atas kesalahan menjadi host Live Instagram melibatkan dua kanak-kanak bawah umur.
Kredit foto: IG
Persoalannya, di manakah ibu bapa kanak-kanak terbabit? Bagaimana kanak-kanak ini boleh menggunakan telefon pintar tengah-tengah malam buta tanpa pengawasan? - CARI
|