CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 5

Ramai Orang Asli Tak Nak Vaksin Sebab Takut Mati

[Copy link]
Post time 11-6-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Takut mati antara alasan utama masyarakat Orang Asli di empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku, Lipis menolak suntikan vaksin Covid-19.


Empat kampung berkenaan adalah Kampung Sungai Sekin, Kampung Sungai Garam, Kampung Paya Keladi dan Kampung Telok Gunung.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, hasil pemantauan dan ziarahnya menerusi program Padang Tengku Menyapa sempena kempen pendaftaran imunisasi Covid-19 mendapati rata-rata penduduk enggan mengambil suntikan tersebut.




Mustapa Long (kanan) memujuk Orang Asli etnik Bateq mengambil vaksin di sebuah perkampungan Orang Asli di Padang Tengku di Lipis semalam.





“Alasan yang saya terima macam tidak masuk akal iaitu takut mati yang mana hampir kesemua ketua isi rumah yang ditemui memberikan alasan tersebut.


“Sekiranya semua ketua keluarga berkenaan menolak vaksin bermakna kira-kira 300 orang daripada keseluruhan 8,000 penduduk Orang Asli kawasan Padang Tengku enggan disuntik vaksin,” katanya di sini, hari ini.


Menurut Mustapa usaha memujuk masyarakat Orang Asli terbabit dilakukan berterusan yang mana beliau berharap pakar psikologi daripada Jabatan Kesihatan akan turut membantu memujuk masyarakat Orang Asli.


“Kita berdepan keadaan amat sukar untuk menyakinkan masyarakat minoriti etnik Bateq ini yang masih terikat dengan budaya turun-temurun di samping amalan berkaitan kepercayaan kepada alam sekitar dan sebagainya.


“Setakat ini tiada lagi laporan penduduk Orang Asli di kawasan Padang Tengku dijangkiti wabak ini dan usaha memujuk mereka akan diteruskan bagi mencegah penularan wabak ini ke kampung Orang Asli pada masa akan datang,”katanya.


Sementara itu beliau berkata, kerajaan dicadang mewujudkan peraturan bagi mewajibkan rakyat mengambil vaksin khususnya di kawasan yang terdapat penularan kes serta di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) termasuklah di perkampungan Orang Asli di negara ini.


“Kalau ada peraturan yang boleh dikenakan kompaun kepada penduduk yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan alasan untuk membendung penularan wabak tersebut, mengapa pula tidak boleh digubal peraturan atau SOP wajib penduduk berkenaan mengambil vaksin atas alasan yang sama,” ujarnya.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgnkan org asli.. aku dulu dulu pun tak yakin jugak.. even member aku cinok pun dia rasa tak konpidennnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Urang asli byk mkn akar kayu...ubat alami..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:00 PM | Show all posts
Indonesia juga punya masalah yang sama suku pendalaman (kalau di Malaysia dibilang orang asli) ndak mahu divaksinasi terus mereka kabur jauh ke dalam hutan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lol takut mati hahaha, ko ingat nyawa kau tu selamanya ke wahai warga asli sekalian? silap1 org yg vaksin tu hidup lg lama dr ko yg tak vaksin. Ni sama macam geng antivaksin, degil nak mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme ni bukan jenis taat tok batin ke? Pegang tok batin la. Fahamkan dia..nanti pandai2 la dia nasihatkan anak2 buah dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.079987 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list