View: 1230|Reply: 5
|
[Sarawak]
Covid-19 09/06/2021
[Copy link]
|
|
Sarawak rekod 419 kes baharu, tiga lagi kematian
KUCHING: Sarawak merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 yang ketara pada hari ini iaitu 419 kes berbanding 703 kes yang direkodkan semalam (Selasa).
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Sarawak juga merekodkan tiga lagi kematian akibat jangkitan berkenaan iaitu dua di Kapit dan satu di Sibu. "Daripada jumlah kes baharu hari ini, sejumlah 294 kes atau 70.17 peratus daripada kes dikesan di lima daerah iaitu daerah Kuching, Bintulu, Sri Aman, Sibu dan Lubok Antu. "Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (124), Bintulu (89), Sri Aman (28), Sibu (27), Lubok Antu (26), Subis (16), Miri (15), Kapit (13), Samarahan (12) dan Song (11). "Turut merekodkan kes baharu Asajaya (11), Selangau (6), Matu (6), Bau (4), Tatau (4), Kanowit (3), Serian (3), Lawas (3), Tebedu (3), Sebauh (3), Sarikei (2), Lundu (2), Meradong (2), Dalat (2), Beluru (2), Kabong (1) dan Bukit Mabong (1)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dengan kes baharu ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 53,000. JPBNS berkata, daripada 419 kes baharu dilaporkan, seramai 47 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Katanya manakala, seramai 343 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin. Mengenai kes kematian, jawatankuasa berkata, kes ke-328 melibatkan lelaki berusia 66 tahun, yang disahkan positif COVID-19 pada 25 Mei dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kapit. Bagi kes kematian ke-329 melibatkan lelaki berusia 79 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 24 Mei dan meninggal dunia di Hospital Kapit. "Sementara kes kematian ke-330 melibatkan wanita berusia 66 tahun yang disahkan positif COVID-19 di Hospital Sibu." Hari ini terdapat 462 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital, sementara jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah 9,191 orang.
kredit : utusan borneo 2021-06-09T17:42:56+08:00
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak terima 380,000 dos vaksin Sinovac hari ini
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak akan melaksanakan program imunisasi COVID-19 lebih komprehensif lagi berikutan ketibaan bekalan 380,000 dos vaksin Sinovac hari ini.
Bekalan vaksin itu diterbangkan khas menggunakan pesawat MASkargo tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Ketibaan vaksin berkenaan disaksikan Uggah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan penasihatnya, Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta pemangku Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Rosmawati Ariffin.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Uggah berkata Sarawak telah melaksanakan perancangan terperinci dan meluas sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan peningkatan bekalan vaksin COVID-19 digunakan sepenuhnya.
"Kita telah mewujudkan lebih banyak pusat vaksinasi, fasiliti-fasiliti kerajaan dan klinik-klinik swasta juga hospital-hospital swasta selain menubuhkan pasukan bergerak untuk ke kawasan pedalaman.
“Bagi fasiliti kerajaan, kita telah mengenal pasti 130 klinik kerajaan dan hospital dengan jumlah kapasiti vaksinasi harian dijangka 24,300 vaksin.
"Selain itu kita akan menubuhkan pusat vaksinasi di 102 stadium, dewan masyarakat, pejabat dan rumah panjang. Kita mensasarkan 42,500 vaksin sehari," jelasnya.
Sementara itu, bagi penglibatan sektor swasta dalam program imuniasi ini, Uggah berkata kerajaan telah melantik 42 klinik swasta dan 40 sudah mula memberi vaksin kepada penerima yang layak, banyak lagi dalam proses pendaftaran.
Beliau berkata klinik-klinik berkenaan dijangka memberi suntikan 3,366 individu d setiap minggu serta beroperasi tiga hari seminggu dan tempoh operasi akan ditingkatkan sehingga lima hari seminggu.
"Bagi hospital swasta pula, kita melibatkan enam lagi sebagai tambahan kepada lima (hospital swasta) yang sudah mula memberi suntikan vaksin. Jumlah gabungan kapasiti vaksinasi mereka ialah antara 5,000 hingga 7,000 sehari," katanya.
Tambahnya lagi, dua pusat pemberian vaksin untuk AstraZeneca diwujudkan iaitu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri.
"Sasaran jumlah individu divaksin oleh kedua-dua pusat itu ialah 4,400 orang sehari," katanya sambil menambah, pasukan bergerak outreach khas juga ditubuhkan di kawasan pedalaman bagi tujuan itu.
Beliau memberitahu pihaknya mewujudkan 11 pasukan bergerak di Song, Kapit, Bukit Mabong dan Belaga.
Menurutnya setiap pasukan ke pusat-pusat pemberian vaksin yang ditetapkan bagi memberi vaksin kepada penduduk rumah panjang serta kampung dan setiap pasukan dijangka menyuntik 250 individu sehari.
Dalam perkembangan sama, Uggah sekali lagi menasihati orang ramai yang masih belum mendaftar mendapatkan vaksin COVID-19 segera berbuat demikian.
Pendaftaran katanya boleh dilakukan sama ada menerusi aplikasi MySejahtera di telefon mudah alih masing-masing atau mendaftar di pejabat daerah dan pusat kesihatan terdekat.
"Dengan cara ini, mereka dapat membantu pasukan perubatan membuat persiapan sewajarnya seperti temu janji, tarikh vaksinasi, lokasi dan sebagainya," tambahnya.
Beliau memberitahu sehingga 27 Mei 2021 1,255,948 individu (61.5 peratus) daripada 2,072,000 penduduk negeri ini berusia 18 tahun ke atas telah mendaftar mendapatkan vaksin COVID-19.
Sementara itu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba, setakat 8 Jun 2021, Sarawak negeri kedua tertinggi merekod jumlah rakyatnya telah menerima dos kedua vaksin iaitu 124,820 dan ketiga tertinggi bagi penerima dos pertama iaitu 256,044. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pergaulan sosial, ziarah cetus dua lagi kluster di Sarawak
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua kluster baharu masing-masing satu di Sri Aman dan Kuching.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster berkenaan adalah Kluster Kampung Hilir Lingga, Sri Aman dan Kluster Kampung Sinar Budi Baru, Kuching. "Bagi kluster Kampung Hilir Lingga, ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan tiga buah lokaliti iaitu di Kampung Hilir Lingga, Kampung Masjid Baru Lingga dan Taman Pasir Panas di daerah Sri Aman melalui pergaulan sosial dan aktiviti berziarah dalam kalangan ahli keluarga di tiga lokaliti tersebut semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. "Sejumlah 32 individu disaring di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 9 kes didapati negatif.
"Kesemua kes positif COVID-19 ini dirujuk serta dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Sri Aman dan PKRC di daerah Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut serta terdapat satu kes kematian melibatkan kluster ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sementara bagi Kluster Kampung Sinar Budi Baru, Kuching ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan tiga buah keluarga di Kampung Sinar Budi Baru Kuching melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan ahli-ahli dalam tiga buah keluarga tersebut. Katanya sejumlah 38 individu disaring di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 19 kes didapati negatif. "Kesemua kes positif COVID-19 ini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) serta dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," kata JPBNS. Jawatankuasa turut memaklumkan satu kluster diisytiharkan tamat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, iaitu Kluster Skim Penempatan Stapok, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini. Ia menjadikan, jumlah kluster masih aktif di Sarawak sebanyak 76 kluster, iaitu dengan sebanyak enam kluster telah merekodkan 73 penambahan kes baharu manakala 70 kluster tidak merekodkan penambahan kes.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Langgar SOP, 24 individu dikompaun di Bintulu
BINTULU: Seramai 24 individu dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar bandar Bintulu pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili (gambar) berkata, antara dikompaun ialah 19 individu yang tidak mengimbas MySejahtera di feri penambang Kampung Jepak.
Katanya, tiga individu lagi tidak memakai pelitup muka dan dua individu berada di tempat awam melebihi masa yang dibenar yang dikesan oleh pasukan pemantau SOP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.
"Semasa pasukan pemantau digerakkan bagi memantau pematuhan SOP PKP dalam kalangan masyarakat di sekitar Bintulu, pasukan pemantau telah mengesan pelanggaran SOP di feri penambang Kampung Jepak dan lima yang lain berlaku di tempat berasingan," ujarnya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, sejumlah 24 kompaun dikeluarkan serta-merta atas kesalahan pelanggaran SOP PKP tersebut membabitkan lelaki serta wanita berumur 19 hingga 55 tahun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Jangkitan) (No.2) 2021.
Zulkipli menegaskan, pasukan-pasukan pemantau sentiasa digerakkan untuk memastikan masyarakat Bintulu sentiasa prihatin dan mengikut SOP semasa yang ditetapkan dalam tempoh PKP ini dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh kawasan dikenakan PKPD di Sarawak
KUCHING: Tujuh lagi kawasan di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Jawatankuasa berkata antaranya, kuarters pekerja Malaysia WCT Construction Sdn Bhd, Tatau yang berkuat kuasa dari 5 hingga 18 Jun 2021; Rumah (Rh) Bair Mam, KM 28 Jalan Samarakan, Tatau (6 hingga 19 Jun 2021) dan Rh Ranggie, Nanga Bekakap, Pakan (8 hingga 24 Jun 2021). "Turut dikenakan PKPD Rh Ubil, Babai di Pakan berkuat kuasa 8 hingga 24 Jun 2021; Rh Ko, Genega, Pakan (8 hingga 24 Jun 2021); Rh Sigi, Sg Sentebu Sare, Sarikei (9 hingga 25 Jun 2021) dan Kampung Sinar Budi Baru, Kuching (10 hingga 23 Jun 2021)," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Jawatankuasa hari ini juga memutuskan dua buah rumah panjang dilanjutkan tempoh PKPD, iaitu Rh Kelly Kumpang Langgir, Engkilili, Sri Aman (8 hingga 21 Jun 2021) dan Rh Banying Kumpang Langgir, Engkilili, Sri Aman (8 hingga 21 Jun 2021). Katanya, manakala lapan lagi kawasan ditamatkan PKPD, antaranya kuarters pekerja Harwood Timber Sdn Bhd, Bintulu pada 7 Jun 2021; Rh Isa Blone, Tanjung Manis (8 Jun 2021 Sungai Plan, Bintulu (8 Jun 2021) dan kuarters pekerja Borneo Shipping & Timber Agencies Sdn Bhd (8 Jun 2021).
Selain itu, Rh Samanggat Bubon, Ng Dia, Sangan, Tatau pada 8 Jun 2021; Rh Sewa Leader Garage (Rh. Sewa Abu), Bintulu (8 Jun 2021); The Tulu, Bintulu Sentral, Bintulu (8 Jun 2021) dan Samalaju Executive Lodge Block W5, Press Metal Bintulu Sdn Bhd (8 Jun 2021). "Mengenai kes status daerah, hari ini daerah Pusa, telah bertukar ke status kuning daripada status jingga setelah merekodkan hanya 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. "Jumlah daerah berstatus kuning sebanyak sembilan daerah. Daerah Matu dan Lundu pula telah bertukar ke status jingga daripada status kuning setelah masing-masing merekodkan 22 dan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas," katanya. JPBNS berkata, jumlah daerah berstatus jingga sebanyak tiga daerah manakala 28 daerah kekal berstatus merah dan tiada daerah berstatus hijau.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|