Sering menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, nama selebriti sensasi Neelofa kini sedikit mewangi selepas dikatakan menyumbang beberapa katil untuk pesakit Covid-19.
Kredit foto: IG
Kerja amalnya itu didedahkan pengguna Facebook, Aznil Hisham yang berkongsi kenyataan wakil Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, baru-baru ini.
Bukan sebiji dua, tapi 15 katil elektronik disumbangkannya.
Dr Abdul Rahman juga memuat naik video ucapan penghargaannya kepada usahawan terkenal terbabit di atas sumbangannya itu.
Kredit foto: TikTok Dr Abdul Rahman
Memetik MalaysiaGazette, Neelofa dianggarkan mengeluarkan belanja sekitar RM90,000 bagi 15 katil berkenaan.
Menurut kenyataan Aznil, hospital berkenaan sebelum ini kekurangan katil menyebabkan pesakit Covid-19 terpaksa duduk di lantai.
"Hanya Allah saja membalas kebaikan Puan Neelofa."
Nampaknya, wangi balik lah nama Neelofa selepas ini kan? - CARI |