CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 4

Bayar Secara Ansuran Kepada Pembunuh Upahan Untuk Bunuh Suami

[Copy link]
Post time 15-6-2021 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita di Amerika Syarikat didakwa cuba mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya dan menawarkan membayar AS$4,000 (RM16,460) secara ansuran iaitu AS$100 (RM411) seminggu, lapor Newsweek.


Claudia F. Carrion, 44, dituduh melakukan cubaan membunuh apabila mengambil khidmat pembunuh upahan bagi membunuh suaminya.




Gambar hiasan




Maklumat kes tersebut diperoleh daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan pejabat peguam daerah Lehigh, James B.Martin dan Ketua Polis Allentown, Glenn Granitz dan dikongsikan oleh Jabatan Polis Allentown Jumaat lalu.


Kenyataan tersebut menulis, oleh kerana tidak mampu untuk membayar wang AS$4,000 (RM16,460) itu sekali gus, Carrion mendepositkan wang berjumlah AS$100 (RM411) sebagai wang pendahuluan dan akan menjelaskan bakinya kemudian.


“Wanita tersebut yang dikenali sebagai Carrion,  bertemu dengan seorang detektif polis Allentown yang menyamar. Dia memaklumkan mahu suaminya dibunuh kerana tidak tahan didera,” tulis kenyataan itu.


Pihak berkuasa turut mendakwa bahawa Carrion pernah cuba untuk mendapatkan khidmat pembunuh upahan atas tujuan sama sebelum ini.


Carrion yang gagal membayar wang jaminan sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta) dihantar ke penjara daerah Leheigh menjelang perbicaraan kesnya yang dijadualkan berlangsung pada 8 Julai depan.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jahat tapi miskin dan penakut
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:12 PM | Show all posts
pembunuh upahan pun tak aman... bila la makcik ni nak habis bayar
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:13 PM | Show all posts
Lps la pembunuhh tersebut byr myvi bulan2
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena dera tu betul ke idok?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.151493 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list