View: 7271|Reply: 25
|
Muka Macam Nora Danish, Tapi Idolanya Neelofa
[Copy link]
|
|
Niat awalnya mahu berkongsi tip kecantikan dan menghiburkan para pengikut di aplikasi TikTok, namun wajahnya menjadi bualan ramai.
Gadis berkenaan dikatakan mirip pelakon Nora Danish, malah ada yang menyamakannya dengan usahawan dan selebriti Neelofa.
Turut hangat di ruangan komen video-video yang dikongsikannya adalah mengenai bentuk gigi hadapan gadis itu sehingga ada yang menjadikannya bahan gurauan.
Foto: mStar
Mai Husna Mior Kamarul Bahrain berkata, dia mula aktif di aplikasi itu sejak awal tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Mengenai persamaan dengan wajah beberapa selebriti popular, dia yang berusia 24 tahun itu sudah lali dengan komen-komen sebegitu sebelum ini.
"Sebenarnya sebelum saya ada akaun TikTok lagi, rakan-rakan terutama yang rapat dengan saya sudah lama menyamakan saya dengan Nora Danish dan Neelofa.
"Bagi saya, tak ada persamaan pun. Itu pandangan masing-masing. Jadi bila ada followers di TikTok bercakap perkara yang sama, saya tak terkejut pun," katanya kepada mStar.
VIA Mstar
Lebih mesra disapa Mai, dia bagaimanapun mengakui dua batang gigi hadapannya lebih panjang sehingga menjadi perhatian ramai.
“Ada juga tampal gigi bagi menutup bahagian yang jarang. Tapi disebabkan saya tak menjaganya dengan baik secara konsisten, jadi gigi saya kembali jarang.
"Gigi saya memang panjang dua batang di bahagian depan, hingga ada followers labelkan 'gigi arnab'," ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak.
Namun, hati anak ketiga daripada empat beradik itu tersentak apabila disangka melakukan rawatan veneer bagi mencantikkan giginya.
"Saya tak faham kenapa ramai yang suka cakap pasal gigi saya. Dari kecil ada kawan-kawan yang kutuk pasal gigi saya, tapi saya sedar memang gigi saya jarang dan panjang.
"Cuma saya triggered bila ada yang membuat andaian yang saya melakukan veneer. Kalau saya buat veneer, gigi saya jauh lebih cantik berbanding sekarang," katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawan Kesihatan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
VIA Mstar
Berminat dalam bisnes, Mai yang kini menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di Kuala Lumpur berjinak-jinak dalam perniagaan produk penjagaan muka scrub.
Katanya, dia mengimpikan untuk mempunyai rangkaian produk kecantikan jenama sendiri pada masa akan datang.
"Dalam bisnes, saya mengidolakan Neelofa dan kakak saya, Mai Alia. Neelofa kerana beliau telah membawa jenamanya ke pasaran antarabangsa serta menjadi duta jenama terkemuka.
"Manakala kakak saya yang berusia 29 tahun banyak membuktikan bahawa dia boleh menjana pendapatan menerusi bisnes dalam talian," katanya.
VIA Mstar
Siapa sangka model sambilan ini juga berminat untuk menceburi bidang lakonan sekiranya diberikan peluang kerana suka berada di hadapan kamera.
"Bila wajah saya dikatakan iras Nora Danish atau Neelofa, saya menganggapnya sebagai pujian kerana kedua-dua mereka cantik. Jika dari segi lakonan, saya menyukai lakonan Sharifah Sakinah kerana bersesuaian dengan perwatakan saya yang ceria, 'gila-gila' dan kelakar," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sama...nampak ke arah emma maembong @intan sarafinaz |
|
|
|
|
|
|
|
certain angle ada mcm neelopak, angle lain mcm nora danish & emma maembong |
|
|
|
|
|
|
|
pastu nt..boleh la berlakon drama kul 7... |
|
|
|
|
|
|
|
Iras siapa2 pun tetap cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nampak cam emma, tapi ada certain angle cam.mandy moore. Internesyenel terus aku bagi |
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi femes la budak ni tiber je ada muka heshe baca berita uhukkssss |
|
|
|
|
|
|
|
"dia mengimpikan untuk mempunyai rangkaian produk kecantikan jenama sendiri pada masa akan datang."
Gitulah pelapis bangsa meleis |
|
|
|
|
|
|
|
aku nampak mcm ruhainies. sesskali nampak macam girdfren jill instafemes lesbo tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm muka kemut ruhainies pon ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik gak budak ni {:childlike
More to Lopak, pd meols |
|
|
|
|
|
|
|
X lama LG tu.. Nampak lah muka kt drama2 |
|
|
|
|
|
|
|
Meor ni byk di perak,kalau ikut nama Meor ni ada mix arab sebelah ibu,sebab tu tak boleh Syed atau Syarifah yg tu UTK sebelah bapa, MCM tu lah aku pernah dgr |
|
|
|
|
|
|
|
ye...nak mcm Intan sarafinas
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak..cuma sheols kurang kemut la..hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
sparkly replied at 18-6-2021 12:54 PM
certain angle ada mcm neelopak, angle lain mcm nora danish & emma maembong
i rasa taik lalat , bentuk muka dgn mata kot macam lopa |
|
|
|
|
|
|
|
Celah mana yg rupa ND nyeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar first tu teringat Emma membong n intan sarafina |
|
|
|
|
|
|
| |
|