Duta besar Israel ke Singapura Sagi Karni menyatakan bahawa negaranya berusaha menjalin hubungan dengan negara-negara majoriti muslim di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Hasrat tersebut disampaikan selepas ketiga-tiga negara Islam tersebut mengutuk keras serangan udara Israel ke atas Gaza bulan lalu sehingga menyebabkan lebih 250 penduduk Palestin maut dibom.
Kredit foto: Arab News
Indonesia, Malaysia dan Brunei telah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk masuk campur dan menghentikan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dalam serangan selama 11 hari tersebut.
“Kami bersedia untuk bercakap, kami bersedia untuk bertemu, dan pintu terbuka sejauh yang kami harapkan. Saya rasa tidak begitu sukar untuk mencari kami,” kata Duta Besar Israel di Singapura itu.
Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mempunyai hubungan rasmu dengan Israel dan telah berulang kali meminta Israel untuk berhenti menjajah wilayah Palestin. Negara haram itu juga didesak untuk menerima penyelesaian dua negara berdasarkan perbatasan sebelum perang Timur Tengah 1967.
Sagi Karni berkata, kritikan dari pemimpin tiga negara itu tidak jujur dan mengabaikan hakikat sebenar konflik yang katanya antara Israel dan Hamas, dan bukan dengan rakyat Palestin.
“Hamas adalah organisasi anti-Semit … Saya tidak pasti bahawa banyak orang yang mengambil bahagian dalam perbahasan media sosial benar-benar memahami sifat radikal dan fasis Hamas,” katanya seperti yang dilaporkan oleh agensi antarabangsa dalam wawancara video.
Selain Singapura, Israel mempunyai kedutaan di Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar.
ni kalu bang non jadi PM....timbalan dia guan eng....atau kit siang confem dah ON ni ....
pada aku laa....bubarkan negara isreal tp org palestine n org yahudi duduk sekali dlm satu negara yg bernama Palestine.....sama mcm kita kat sini....bangsa melayu...cina...india....iban bidayuh...kenyah....kadazan,,,bajau...melanau dll2 duduk dlm satu negara.....opss lupa bangsa johor sekali
Agaknye deme ponah test DNA dia jumpe gene yahood. Maka deme pon bersahabat handai la dengan dia. Dia pon berase bangge.. Tup2 sekarang ney baru tau darah Melayu, Indon, Filipino sume ade tersesat DNA yahood. Padan muke..
Pak Leman juey ayor nyor pon ade darah yahood. Mak Jah juey cengkih pon ade darah yahood. Kah2..
Post time 18-6-2021 03:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Firasat aku antara 3 negara serangkai ni Indonesia yang first akan iktiraf Israel. Orang Malaysia yang vokal tu minoriti, yang majoriti nya lalang - 50% non moslem of course is a non issue.
Agaknye deme ponah test DNA dia jumpe gene yahood. Maka deme po ...
hey heyy heyyy .....ni semua pitnahhhhh.....video edit ni mana der bang non gitu......pelanduk dua serupa ni. Geng2 PH ni semua pitnah kan ?? dosa besar kalu pitnah bang non.....aku support bang non jadi PM malaysia takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Post time 18-6-2021 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Don't berbaik lah dgn zionist laknutallah ni...krg xmemasal dijajah cam palestin.... Dahle citizen malaysia ni byk yg tali barut xleh pkai punya org... Apa yg ada di Malaysia ye sampai berminat sgt dgn Malaysia..ke tgh mencari negara mana yg kebangkitan dari timur tu..tu yg nak indonesia, malaysia n brunei....