View: 3479|Reply: 13
|
Hajat Siti Nordiana Tercapai Rakam Lagu Tam,” - Sentuhannya Istimewa seperti Lag
[Copy link]
|
|
Hajat Siti Nordiana Tercapai Rakam Lagu Tam,” - Sentuhannya Istimewa seperti Lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati Yang Masih Diminati Hingga Kini...” - Media Hiburan
Penyanyi Siti Nordiana mengakui dia berasa amat bertuah apabila menjadi pilihan untuk mendendangkan lagu runut bunyi drama Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah yang diarahkan oleh Along Kamaludin.
Meski drama tersebut terhenti siarannya menerusi slot Samarinda TV3 atas situasi semasa, namun single yang menggunakan judul sama dengan naskhahnya itu nyata diterima baik peminat.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu melihat kepercayaan tersebut sebagai satu peluang untuk memastikan dirinya terus kekal relevan di hati peminat.
“Bukan semua penyanyi mendapat peluang menyanyikan lagu OST. Semestinya saya merasa bertuah apabila lagu itu dimainkan setiap hari dari, seiring dengan tayangan drama tersebut.
“Saya melihat ia salah satu cara dan peluang untuk lagu itu diterima dan disukai pendengar kerana ia diputarkan hampir setiap hari,” kata Nana yang menjalani proses rakaman lagu itu sekitar dua jam saja.
Pada masa sama, Nana turut bersyukur apabila impian mendendangkan lagu ciptaan Tam Spider akhirnya tercapai setelah lebih dua dekad berada dalam industri muzik tanah air.
“Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk bekerjasama dengan Tam Spider. Salah satu daripada impian saya sudah pun tertunai apabila akhirnya dapat menyanyi lagu nukilan Tam.
“Saya percaya sentuhannya cukup istimewa seperti mana lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati yang masih diminati sehingga kini.”
“Secara jujur saya akui Tam sememangnya seorang komposer yang teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu Cukup Derita Itu dengan emosi yang tepat,” katanya.
Terdahulu, drama Cukup Derita Itu dibarisi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P. Ramlee, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi.
Sumber: https://www.mediahiburan.my/haja ... minati-hingga-kini/
|
|
|
|
|
|
|
|
Pe mende mamat/minah ni banyak nau bukak thread hari ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Raline binti piao idola si Cari-Editor. That's y buka thread banyak, duplicate pula tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka lagi bertakhta dihati tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap lagu nana ni. Mendayu2 dia nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu fav bertakhta di hati.. Anyway lagu nana ni pon best.. Lagu2 ost dlm drama derita tu mmg best2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mayu jiwang..pas lalok kne scam |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun suka lagu lagu Tam composed. Macam di pintu syurga- Dayang, Janji Kita-Spin, peneman-Hazama.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagu2 tam byk yg best2 tp lagu nana ni meleweh sgt. bosan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Mawar91 at 21-6-2021 11:02 AM
Bertiang la lgu ni best dari duet Ngan si Nubhan tu. sory nana walaupun meols fan chouls bnde x suke ckp la x suke kan x kan nak hipokrit.lagu ni ade gak la chance nak ke AJL tpi sygnya lagu ni hanya as OST drama je.x dikira single. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawar91 replied at 21-6-2021 11:00 AM
Bertiang la lgu ni best dari duet Ngan si Nubhan tu. sory nana walaupun meols fan chouls bnde x suke ...
Chuols lagu dgn nubhan tu buang karen je calonkan kt muzik2. Baik focus kt lagu yg ada potensi mcm lagu ni. Sedap la jugak. Meleweh tapi melodi rintihan tu dpt rasa. Sesuai dgn cite ni. Walau i krik krik dgn watak zarul euww sgt. Lagu2 tam mmg best2. Rugi la nana x push |
|
|
|
|
|
|
|
woven11 replied at 21-6-2021 11:47 AM
Chuols lagu dgn nubhan tu buang karen je calonkan kt muzik2. Baik focus kt lagu yg ada potensi mcm ...
Betul 3x.meols setujuk sngt..hope komposer & penulis lirik lagu ni push lagu ni dlm pencalonan muzik2.meols akan vote habisan cam angkara tu.lagu sekali lagi sumpah bosan.lgu ni walaupun Leman tpi bgi meols agak kuat nak ke AJL |
|
|
|
|
|
|
|
ok iols dah dgr sampai habis...
okla sedap jugak lagu ni mendayu2 sesuai dgn imej nana nehhh..
lagi sedap dari lagu baru guru vokal syafinaz tu... tibahh |
|
|
|
|
|
|
| |
|