CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3014|Reply: 22

Tak Menyempat Langgar Lampu Merah, Penunggang Motor Dilanggar Ambulans

[Copy link]
Post time 21-6-2021 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila dia cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah di sini pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.05 malam.


Menurut beliau, ketika kejadian ambulans yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua pembantu perubatan kesihatan Hospital Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke tempat kerja mereka.




Penunggang motosikal cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah pada Ahad.





"Apabila sampai di lokasi kejadian, ambulans itu meneruskan perjalanan kerana laluannya lampu isyarat hijau.


"Bagaimanapun kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang motosikal berusia 37 tahun yang tiba-tiba keluar dari Kampung Baru Serendah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan.


"Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.


Katanya, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


"Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali aku jumpa celaka mcm ni. Ada sekali tu dekat area Kerinchi depan simpang lrt universit. Aku nak ke simpang kanan & lampu hijau, tetiba ada si tua bodoh muka berkerak dari arah bertentangan selamba je langgar lampu merah. Dia marah2 aku depan trafik light tu sampai trafik light jalan aku bertukar merah. Ikutkan hati & dendam aku, aku langgar je si bodoh tu, tapi sempat jua aku doakan kecelakaan dekat dia walaupun aku tau tak dibenarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:19 PM | Show all posts
biasa mcm ni bdk2 rider.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
okla..ambulan tu jugok bawa pi spital...cepat gk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:36 PM | Show all posts
cash la kau..dorang ni bukan setakat lampu merah dia langgar, bawak melawan arus pun makin menjadik2..kita plak kena ketepi sambil kena hon2
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Merata2 bwk kenderaan mcm ni. Lggar trafik light, kedekut nk bg signal, u turn ikot dan. Masing2 mcm xbelajar undang2 jln raya lgsg. Baik moto,baik keta xkira bangsa. Yg naya org yg ikut undang2 tpalit sama. Lg sedih bila nyawa pn melayang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2021 12:42 PM | Show all posts
COD dekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:54 PM | Show all posts
Ramai je perangai macam tu suka langgar lampu merah lepas tak apa nasib tak baik jadi macam dalam kes ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dah aku jumpa spesis bila nampak lampu merah mulalah tekan minyak, kalau hijau lak, macam kura kura lajunya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:02 PM | Show all posts
tak simpati
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:04 PM | Show all posts
Dulu i bersimpati pada penunggang motosikal sebab berpanas hujan terik bagai tapi bila tengok gaya  bawa etc makin lama u know hmm tahlah nak rasa  kesian tu makin pudar tak tahulah sebab banyak kes kes tak ikut lampu isyarat. Langgaq je - specially waktu time time nak balik keje pepetang, depa tak tunggu pun lampu isyarat tu warna hijau , makin lama depa makin ke tengah jln and tak hiraukan pun lampu masih merah.

harapnya pendekatan Shibuya tu berjaya lah di kawasan sesak sesak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:06 PM | Show all posts
rider moto selalu gini.. depa ingat depa licik boleh lepas.. 9 kali lepas, kali ke 10 mendapat la.  Lagi satu perangai suka jalan inter exchange lampu merah-hijau lane orang lain.. ada split second 2-2 hala merah.. time tu yang dia lalu.. yang sedih ada yang ayah nak hantar anak sekolah.. ayah pakai helmet, anak sekolah rendah tak pakai.. pastu ayah redah lampu merah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:13 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-6-2021 12:10 PM
Banyak kali aku jumpa celaka mcm ni. Ada sekali tu dekat area Kerinchi depan simpang lrt universit.  ...

Geram kan tengok perangai macam ni. Dulu kat simpang besar Jalan Semarak, Kampung Baru dengan Jalan Tun Razak, ada sorang naik motor menonong keluar dari arah Kampung Baru langgar lampu merah yang dah banyak saat jugak merah. Terus dia kena langgar dengan kereta Perdana dari arah KL yang memang lampu hijau masa tu. Puas hati tengok.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:25 PM | Show all posts
langgar lampu isyarat merah dgn tak bagi signal didoakan semoga mendapat hidayah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:35 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-6-2021 04:10 AM
Banyak kali aku jumpa celaka mcm ni. Ada sekali tu dekat area Kerinchi depan simpang lrt universit.  ...

Sama la dgn iols, kena langgar belakang dek grab rider langgar lampu merah. Dah la menipu, lari plak, mmg aku doakan semua berbalik pada ko balik budak muka parut serupa kawah bulan. Dah la muka tak lawa perangai pun 2x5.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Prinsip aku bila mandu my GLC250 dijalanraya...very simple...aku anggap semua pengguna jalanraya jenis siyall takda sekolah...so dengan berpegang pada prinsip ini aku akan apply defensive driving....ie anticipating the idiocrisy of other road users....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengong punya rider. Ambulans tu nak balik hkkb ko ajak patah balik pi hsptl selayang lak {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:34 PM | Show all posts
Pernah depan mata berlaku. Aku bawa motor nak pergi kerja. Sampai dekat trafik light lampu merah aku berhenti. Tetiba motor sebelah aku terus nak pecut pastu eksiden dengan kereta dari kiri. Aku malas nak turun motor. Lampu trafik hijau aku terus gerak pergi kerja. Orang lain cari masalah langgar lampu isyarat tak kan aku nak korbankan gaji aku masuk kerja lambat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:47 PM | Show all posts
Celaka lah siapa2 yg selalu buat mcm ni. menyusahkan org lain. Dh eksiden tak pasal2 kena hantar bengkel.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.066378 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list