"Pada pandangan saya, mungkin lima syarikat produksi sahaja yang akan 'naik' dan mereka adalah pihak yang memiliki studio dan mempunyai hubungan baik dengan penyiar.
"Penerbit yang menghasilkan filem sendiri tidak akan mampu bertahan melainkan mereka menjalin usaha sama dengan studio atau pawagam.
Hans ketika muncul pada sesi IG Live, Khamis lalu. Foto IG Hans Isaac
"Pawagam akan membantu mereka daripada sudut promosi filem yang bakal ditayangkan," katanya pada sesi live IG itu.
Hans berkata, majoriti penerbit yang bergerak sendiri tidak akan berjaya kerana itu adalah realiti perniagaan.
"Bergelar penerbit filem bukanlah tugas yang mudah. Daripada 100 produser hanya satu yang akan berjaya.
"Saya hanya mampu mengucapkan semoga berjaya kepada mereka yang berani menjadi penerbit," katanya.
Tambah Hans, penerbit tidak akan bersara dengan senang-lenang kerana tidak mempunyai wang cukup untuk hidup selesa akibat perlu menggunakan simpanan sebagai modal pusingan.
Selain itu, Hans yang mempelawa pengikut bertanya apa sahaja pada sesi IG Live itu turut berkongsi ciri-ciri wanita idamannya.
"Semua lelaki suka melihat wanita cantik tetapi setiap orang ada ciri-ciri wanita idaman berbeza.
"Saya pernah menjalin beberapa hubungan sebelum ini dan kecantikan bukan lagi menjadi keutamaan.
"Andai sudah bersedia untuk berumah tangga kelak, saya ingin wanita ringkas, menyenangkan dan mampu memahami saya... Itu sudah memadai," katanya.
Hans turut meluahkan kebimbangan mengenai angka jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia.
"Saya bimbang usaha kita membendung wabak COVID-19 akan menemui kegagalan," katanya yang berhasrat membantu 80 pemandu teksi yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak itu.
Pada sesi itu, Hans yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut ditanya desas-desus mahu terjun dalam dunia politik dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun, Hans tidak menjawab soalan itu.
Sumber:
https://www.bharian.com.my