View: 2148|Reply: 9
|
Berhenti, Kalau Tak Noorkhiriah Hantar Van Jenazah!
[Copy link]
|
|
Bosan dan bengang asyik didesak melakukan promosi atau reviu produk kecantikan membesarkan payudara, pelakon berkaliber Noorkhiriah Shapie menyelar peniaga terbabit agar cukup-cukuplah dan berhenti berbuat demikian.
Noorkhiriah menerusi hantaran dalam Instagramnya bertegas, dia masih dengan pendirian untuk tidak melakukan ulasan produk yang mempamerkan aset wanita sebagai pelaris tersebut walaupun ditawarkan bayaran tinggi atau terdesak dengan kekurangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Foto: IG
“Akak ulang balik apa yang pernah akak beritahu dulu sebab masih ada yang mesej (DM) minta akak review produk-produk sedemikian.
“Korang tak ada perasaan ke suruh akak review produk macam tu. Walaupun dalam ekonomi yang tidak berapa best sekarang ni, pendirian akak tetap tak nak review produk membesar, menegang dan peluk-peluk segala tu.
“Simpan malu tu dik. Sebab akak memang tak nak. Tak usahlah DM berpuluh kali walaupun korang bayar mahal,” tulisnya.
Pada hantaran sama, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie turut berseloroh untuk menghantar van jenazah dan mengutip semua produk berkenaan jika pemiliknya masih berdegil dan tidak putus-putus memintanya membuat ulasan atau mempromosikan produk sedemikian.
“Kalau tak ada rasa malu dekat diri sendiri, malulah dekat Allah. Maaf andai terasa tetapi ini adalah pendirian akak,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur itu pernah memberi amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak memintanya untuk reviu produk tidak senonoh dan berbaur lucah. –CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak hilang hari tu sebab apa ye? Ada sesiapa yang tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Xpe kak noor.. kalau tak nak..ngak usah dilayan |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 21-6-2021 05:16 PM
Anak hilang hari tu sebab apa ye? Ada sesiapa yang tahu?
uish… anak dia pernah hilang meh? dah jumpa dah? |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 21-6-2021 08:35 PM
uish… anak dia pernah hilang meh? dah jumpa dah?
Dah jumpa.. Baru je hilang. Keluar rumah tak bagitau. Tapi punca dan ke mana budak tu pegi takde update pun. Diam macam tu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la cmtu. jgn jadi cm zara zya main promote je |
|
|
|
|
|
|
|
merajuk membawa hati yang terluka kot... ada la tu mak dia cakap something buat dia sentap...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|