View: 5844|Reply: 30
|
Bukan Kedekut Kongsi Tip, Kena Periksa Darah Dulu Kalau Nak Kurus Macam Shima
[Copy link]
|
|
Penyanyi lagu Teringin, Shima, 52, yang menjadi perhatian apabila berjaya menurunkan berat badannya daripada 85 kilogram (kg) kepada 48 kg menafikan dia kedekut untuk berkongsi tips kurus dengan peminat.
Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata dia menerima banyak permintaan peminatnya di media sosial untuk berkongsi rahsia kurus itu dengan mereka.
"eminat di Instagram ramai mendesak, ingin tahu cara pemakanan yang saya amalkan untuk kurus seperti sekarang.
"Namun, saya tak boleh kongsi sewenang-wenangnya kerana mereka perlu jalani ujian darah terlebih dahulu untuk tahu jenis penyakit yang ada.
"Saya pun ikut nasihat doktor dan bukan pandai-pandai sendiri untuk lakukan kaedah sembarangan bagi menurunkan berat badan," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Shima lagi, keadaan kesihatan seseorang tidak sama dan ada kemungkinan mereka juga alah pada ubat-ubatan tertentu dan mempunyai masalah kesihatan lain.
"Tak pasal-pasal nanti, saya pula dipersalahkan oleh mereka. Sejujurnya, saya pun bukan suka-suka nak diet tanpa persediaan teliti.
"Saya bersyukur kerana tiada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Cuma, saya hanya ada masalah kolesterol sedikit. Ketika berat saya 85kg dulu, memang agak seram dan menakutkan.
"Malah, pemeriksaan kolesterol pun tinggi. Beratnya badan ketika itu, sampai saya nak bangun dari tidur pun susah dan agak menyukarkan," katanya.
Bagaimanapun, Shima berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37kg dalam tempoh setahun selepas mengamalkan diet pemakanan sihat dan seimbang mengikut nasihat doktor.
"Saya pun ada masalah 'slipped disc' dan doktor sarankan supaya ubah gaya hidup. Saya ikut nasihat doktor dan kini alhamdulillah, berat badan saya sekitar 49kg hingga 51kg saja.
"Sebelum ini berat badan saya pernah kurang hingga 46kg, tapi kena naikkan sikit kerana saya rasa seperti dah tinggal tulang dan akan sakit apabila tidur.
"Saya bersyukur apabila doktor Aishah yang dikenali sejak tahun 1990-an, menasihatkan saya supaya diet. Tapi, sebelum itu saya perlu buat pemeriksaan darah terlebih dulu untuk tengok kesesuaian dietnya," katanya.
Menurutnya, selain berdepan masalah 'slipped disc', dia juga mempunyai masalah badan berat yang membimbangkan.
"Saya kena 'slipped disc' di bahagian tengkuk dan di dua bahagian tulang belakang. Doktor nak bedah, tapi saya tak nak kerana kosnya tinggi. Lagipun, kadar pulih pula hanya 50 peratus.
"Jika melakukan pembedahan di tengkuk, doktor kata saya dah tak boleh menyanyi sampai bila-bila dan tentulah saya tolak.Saya tak nak ambil risiko hilang suara walaupun dah tak menyanyi lagi," katanya.
Apapun, Shima mengaku dia juga tak menolak makan nasi. Ujarnya, sampai sekarang dia tetap makan nasi, tapi jumlah diambil taklah banyak dan dia juga tiada pantang kecuali jangan makan ikut nafsu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Wah!!!!! Dah tk mcm makcik2 sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
bangla kata kakak cantekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Jap, satu je soalan, natural way or under the knife? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa gemuk, gaya kekampungan. Nak nyanyi pun tak cukup napas, pakai tudung menutup kopek. Dah kurus, kemain tebal mekap acik, terus sendat & singkat je tudung tu. Acik, masa gemuk boleh je kau bergaya tapi bukan bermaksud kena sentiasa gemuk. Sambil bergaya tu, kuruskan la badan |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 22-6-2021 10:16 AM
Jap, satu je soalan, natural way or under the knife?
Rasa natural sebab under the knife mahal sis. Memang betul apa dia cakap ni sebab ramai yang nak short cut. Intermittent fasting pun bukan senang nak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bytk sgt rahsia,
mgkn under the knife, atau makan suplement, herbalife dn sebagainya
ada friend on FB wa, bila dah kurus, dia letak caption, kalo nak kurus sila hubungi sy, utk programme kurus
ada la member lg sorang nak join, amik herbalife rupanya
1 bulan kurang2 RM 300 ,
takpe la, ikhtiar masing2, nak kata suruh jogging bukan semua orang ada keupayaan utk jogging / walking 1 jam 3 kali sehari...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa dia natural way kot sebab dia kan dah masuk golongan B40, duduk pun ppr. Tak rasa dia operate or makan apa-apa supplemen untuk kurus. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia natural diet... Semangat kena kuat.. Lagi ada slipped disc... Nak potong perut byk kos.. Dia bkn kaya cam dolu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah sbb diet...jgn nanti tiba tiba kuar produk...lihatlah transformasi saya. Sebelum Dan selepas...lepas tu berpusu pusu org beli dan tak menang tgn juga sbb ada yg nak minta jadi agen walaupun skdr agen kambus blkg rumah back kata Kaka @dudaberhias Tu...hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 22-6-2021 11:11 AM
kalau bytk sgt rahsia,
mgkn under the knife, atau makan suplement, herbalife dn sebagainya
Dia ada buat youtube video pasal weiht loss journey dia. Rasa dia mmg pakai natural way, bukan under knife. Tau yang dia bukan org kaya... tak rasa duit dia banyak nak bedah.
Aku suka kalau lose weight in normal way camni.. major love. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 22-6-2021 11:04 AM
Rasa natural sebab under the knife mahal sis. Memang betul apa dia cakap ni sebab ramai yang nak s ...
So far diet paling senang iols buat is IF ni la.. dh few years buat.. tak target nk kurus pun, cuma iols nk maintain berat je. So far alhamdulillah paling berat 58-59 je.. paling kurus penah cecah 49 tp iols naik kan balik sbb iols suke ada isi skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia kan penerima asnaf takkan dia mampu under knife..
cuma bimbang dia kurus sebab penyakit...penyakit kencing manis pun boleh jadi kurus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setahun berdiet, cara sihat le.
Lain laa diet sebulan dah kurus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai skarang saya masih in question why her doctor put her on steroid for slipped disc. Normally we dont prescribe steroid for such thing. Jauh lebih baik buat radiofrequency ablation / microdiscectomy rather than succumbing to steroid. Tak boleh relate lagi why steroid??? Dan sheols kepam undeniably due to steroid actually. |
|
|
|
|
|
|
|
memang tebal sungguh mekapnya. cakey
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 22-6-2021 11:11 AM
kalau bytk sgt rahsia,
mgkn under the knife, atau makan suplement, herbalife dn sebagainya
I pernah baca die mmg jaga mkn dan diet ketat.. tk mkn nasi rasanya.. tkde belah perut mcm Aisyah |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik Shima |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 22-6-2021 11:11 AM
kalau bytk sgt rahsia,
mgkn under the knife, atau makan suplement, herbalife dn sebagainya
Matilahnak jogging 1jam 3 KALI SEHARI. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 replied at 22-6-2021 12:44 PM
dia kan penerima asnaf takkan dia mampu under knife..
cuma bimbang dia kurus sebab penyakit...pen ...
Dlm artikel tu tulis dia xde darah tgi n kencing manis.. slip disc & kolesterol je |
|
|
|
|
|
|
| |
|