View: 1219|Reply: 5
|
Di China, Festival Daging Anjing diteruskan juga walaupun ada bantahan dari akti
[Copy link]
|
|
Festival Daging Anjing masih diteruskan
Jun 23, 2021 @ 1:54pm
Festival Daging Anjing yang menjadi acara tahunan di Yulin, tetap diteruskan bermula kelmarin, di mana 5,000 haiwan itu akan dikorbankan untuk dimakan, selama 10 hari. - Foto Humane Society International.
BEIJING: Festival Daging Anjing yang menjadi acara tahunan di Yulin, tetap diteruskan bermula kelmarin, di mana 5,000 haiwan itu akan dikorbankan untuk dimakan, selama 10 hari.
Peniaga anjing menganjurkan festival itu sejak lebih sedekad lalu sebagai usaha tarikan pelancong namun, ia bukan acara rasmi dianjurkan kerajaan tempatan.
The Sun melaporkan, walaupun ada tentangan terhadap kekejaman haiwan dan risiko kesihatan yang berlaku di Festival Daging Anjing Yulin, haiwan itu tetap diangkut ke bandar berkenaan sebagai persediaan untuk disembelih.
Menurut laporan The Mirror, ada gambar beberapa peniaga menjual anak anjing yang disembelih di Yulin, dekat wilayah Guangxi.
Lapan daripada gerai berkenaan ditemui aktivis tempatan di pasar Dongkou dan 18 lagi ditemui di pasar Nanqiao pada akhir bulan lalu menurut organisasi perlindungan haiwan, Humane Society International.
Pakar Dasar China untuk Humane Society International (HSI), Dr Peter Li berkata, perhimpunan besar-besaran untuk menjual dan memakan daging anjing di pasar dan restoran yang sesak atas nama festival boleh menimbulkan risiko kesihatan awam yang besar.
Dua bandar di China iaitu Shenzhen dan Zhuhai sebelum ini dilaporkan sudah melarang aktiviti memakan anjing susulan pandemik COVID-19 dipercayai berpunca daripada kelawar.
Awal minggu ini, aktivis penyelamat anjing berjaya menahan satu trak dalam perjalanan ke Yulin dan menyelamatkan anak anjing.
Bagaimanapun, sebuah trak lain berjaya bolos dan diekori oleh aktivis.
Kerja menyelamat anjing itu diketuai aktivis hak haiwan China, Zhao, yang membuka tempat perlindungan NoToDogMeat di Hebei. - AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Festival Daging Anjing, 5000 Ekor Jadi Santapan
Beijing: Bermula 21 Jun, acara penuh kontroversi iaitu festival daging anjing diadakan di China di mana 5,000 haiwan itu akan dikorbankan untuk dimakan, selama 10 hari.
Peniaga anjing menganjurkan Festival Daging Anjing Yulin sejak lebih sedekad lalu sebagai usaha tarikan pelancong namun, ia bukan acara rasmi dianjurkan kerajaan tempatan.
Kredit foto: AFP
The Sun melaporkan, walaupun ada tentangan terhadap kekejaman haiwan dan risiko kesihatan yang berlaku di Festival Daging Anjing Yulin, haiwan itu tetap diangkut ke bandar berkenaan sebagai persediaan untuk disembelih.
Menurut laporan The Mirror, ada gambar beberapa peniaga menjual anak anjing yang disembelih di Yulin dekat wilayah Guangxi meskipun festival itu belum bermula.
Lapan daripada gerai berkenaan ditemui aktivis tempatan di pasar Dongkou dan 18 lagi ditemui di pasar Nanqiao pada akhir Mei, menurut organisasi perlindungan haiwan, Humane Society International.
Pakar Dasar China untuk Humane Society International (HSI), Dr Peter Li berkata, perhimpunan besar-besaran untuk menjual dan memakan daging anjing di pasar dan restoran yang sesak atas nama festival boleh menimbulkan risiko kesihatan awam yang besar.
Dua bandar di China iaitu Shenzhen dan Zhuhai sebelum ini dilaporkan sudah melarang aktiviti memakan anjing susulan Covid-19 dipercayai berpunca daripada kelawar.
Awal minggu ini, aktivis penyelamat anjing berjaya menahan satu trak dalam perjalanan ke Yulin dan menyelamatkan anak anjing.
Bagaimanapun, sebuah trak lain berjaya bolos dan diekori oleh aktivis.
Kerja menyelamat anjing itu diketuai aktivis hak haiwan China, Zhao, yang membuka tempat perlindungan NoToDogMeat di Hebei. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tak serik serik la diorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Muncul lagi virus baru .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|