View: 2144|Reply: 8
|
Elakkan Dari Bergaul Dengan Individu Toksik - PU Azman
[Copy link]
|
|
Pendakwah bebas dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Azman mengingatkan supaya orang ramai terutama masyarakat Islam supaya sentiasa meminta pertolongan Allah SWT susulan kes bunuh diri dan kesihatan mental akibat tekanan hidup yang dihadapi dalam tempoh penularan Covid-19 di negara ini dilihat semakin membimbangkan.
Azman atau Cik Man berkata, setiap musibah yang Allah turunkan adalah bersesuaian dengan tahap kekuatan seseorang itu.
Kredit foto: IG PU Azman
"Allah tidak menguji melebihi kadar kemampuan iman hamba-Nya. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu mencari jalan keluar atau kekuatan kepada sesuatu masalah. Tidak dinafikan saya juga kadang-kadang berdepan tekanan dalam hidup ini dan ia satu perkara normal, tapi kita tidak boleh mengalah dan mencari jalan terbaik seperti bina kembali hubungan dengan Allah dan bergaul dengan manusia.
"Sentiasa merujuk kepada orang yang boleh terima dan mendengar masalah kita. Dia mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tapi sedikit sebanyak dapat melegakan hati dan masalah yang sedang ditanggung," katanya.
Semalam, seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Pulau Pinang.
Azman juga ingin mengingatkan kepada semua supaya menjauhkan diri daripada individu toksik dan bergaul dengan individu positif.
"Elakkan diri bergaul dengan individu toksik serta kurangkan pembabitan dalam media sosial sebab kadang-kadang kita rasa diri seakan tidak berguna jika dibandingkan dengan orang lain.
"Kita perlu tahu satu perkara yang perjalanan setiap orang itu berbeza-beza. Jadi ada masa kita perlu bersendirian dan bergaul dengan orang yang bagus," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
individu toksik di carta paling atas = prof bodo2 utk dapat jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
AshkieLa replied at 25-6-2021 01:51 PM
individu toksik di carta paling atas = prof bodo2 utk dapat jodoh
yg tayang duit berkepok.. tu.. waktu ramai yg terjejas pandemik..
ko ingat, Allah beri pahala ke ko tayang berkepok kepok gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
ciklahcuteII: yg tayang duit berkepok.. tu.. waktu ramai yg terjejas pandemik.. ko ingat, Allah beri pahala ke ko tayang berkepok kepok gitu?
Alepsokree baru tayang |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian golongan terkesan ni.. harap kuat dan tabah dgn ujian covid ni..
Manusia sekeliling yg tak reti sensitif masih menunjuk2 tu sila mati kena virus... |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun banyak melangut dkt forum je.x pun menjahit je.time pkp ni berpuluh baju budak2 iols jahit.jimat laki iols ckp, beli kain 2meter dpt 2 jenis baju anak2.
kt fb,insta,media sosial rata2 tunjuk beli ruma,beli keta,time covid ni rmai kmpul aset utk ms dpn,yg ngajak iols kumpul emas tiap2 bln pn ada.bila iols ckp x mampu la,gaji hb mmg lps mkn mnum hutang je.ehh dikatanya smpai bila iols nk brgntung dgn laki.hmm iols skg bnyk brkurung dlm ruma dgn anak2 je.
nk positif pn x tau da cmne nk positif tgk msing2 uplod tnjuk aset2 bru belum masuk part ipar duai lg |
|
|
|
|
|
|
|
toxic iols ni lama2 macam susah nak detox
#muhasabahlaaabodo bak kata diba AA |
|
|
|
|
|
|
| |
|