View: 3479|Reply: 14
|
"Buat Masa Ini, Saya Tidak Berani Nak Cakap Saya Sudah Pakai Tudung"
[Copy link]
|
|
"Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini (bertudung)."
Itu kata penyanyi popular Zizi Kirana ketika ramai dalam kalangan netizen sudah mulai memperkatakan mengenai imej baharunya yang dikatakan sudah bertudung atau berhijab.
Foto: IG
Zizi, 36, ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu terlalu bercakap mengenai penampilan itu.
"Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya.
"Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap," katanya kepada Harian Metro.
Penampilan bertudung Zizi yang popular menerusi lagu Eh! itu disambut baik dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan keluarga, peminat dan rakan-rakan.
Menurut Zizi, apa yang baik daripada dirinya sentiasa mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada mereka.
"Alhamdulillah, apabila penampilan bertudung yang sekarang ini mendapat respons positif selain mereka mendoakan saya. Insya-Allah, doakan terbaik untuk saya.
"Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.
"Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dapat gorengkan bihun goreng Singapoh ..manjakan ..dan suap suapkan ke bibir mungil Zizi..
#dibaca ala Kurex punya tulis ke ZulRipin |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la kalau betul2 nk berubah ke arah kebaikan.
Mcm Kilafairy jgk.
I might not like them, per se,
Tp perubahan ke arah lebih baik tu bgs la.
Keep it up. Moga istiqamah |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg sebok sgt pakai tudung. Nak pakai silakan. Tak nak pakai jgn pakai. Pakai lepas tu menyanyi berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg ni jgn pakai sampai raya Haji je.. Pastu terbang balik tudung.. Harap2 zizi pakai terus lah |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak laaa..bukan orang lain yang nak tanggung dosa ko..dah akil baligh kannn.{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
kau nk pkai ke ko nk bertelanjang ke, takda sapa pun nk mggelabah teksssss |
|
|
|
|
|
|
|
perlahan2 zizi pasangkan niat tu
tapi dia mmg lawa and suara pun meletops |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pki nanti jgn jadi cam yatt sejadah ngan bakyah... Kulu kilir dosa bagi tazkirah |
|
|
|
|
|
|
|
Retis2 prmpuan ummah Meleis ni mcm first time nmpk tdung lol, pkai je lh, buknnya susah sngt pun. |
|
|
|
|
|
|
|
I mcm hati hitam tak nak tutup sgn jubah bila tgk retis2 rakam waktu vaksin.. takat snap pic ke video mcm biasa dah la.. ni siap nak sesi cakap2, borak2, nyanyi2.. mcm melambatkan proses je.. sekian dari i yg tak dapat panggilan vaksin lagi hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku kalau masih giler glemer nak jadi retis better takyah pakai tudung. Rimas tengok terkinja2 tergedik2 tapi pakai tudung. Belum lagi nak matchkan pakaian yg sesuai, sebab tulah terjadinya fesyen jerut leher, turban singh, depan singkat belakang labuh, demi nak nampak stylo. Yela.. nak pakai labuh2 longgar kang nampak macam setajah pulak, tak sesuai pulak nak terkinja2. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap boleh standby jawapan macam tu bila disoal kelak |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua bangka. nak pakai, pakai. tak nak, sudah. nexttttt |
|
|
|
|
|
|
| |
|