View: 1780|Reply: 13
|
16 Penduduk Kampung Maut Gajah Kempunan Mengawan
[Copy link]
|
|
Seekor gajah jantan menyerang dan membunuh 16 penduduk kampung sejak dua bulan lalu selepas haiwan itu disingkirkan kawanannya dipercayai kerana ‘kelakuan buruk dan persaingan dengan gajah jantan lain’, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Gajah dipercayai berusia antara 15 hingga 16 tahun itu naik minyak di daerah Santhal Pargana, negeri Jharkhand selepas terpisah daripada 22 ekor gajah lain.
Gambar hiasan
“Ia dipercayai mahu mengawan dan disingkirkan akibat kelakuan buruk dan persaingan seksual dengan gajah jantan lain.
“Kami sedang mengkaji kelakuannya. Sebuah pasukan terdiri daripada 20 anggota sedang cuba mengesan gajah itu kerana keutamaan kami ketika ini adalah untuk melindunginya,” kata pegawai perhutanan, Satish Chandra Rai kepada AFP.
Haiwan itu dipercayai dalam perjalanan untuk kembali kepada kawanannya.
Selasa lalu, ia telah mengangkat tubuh sepasang warga emas dengan menggunakan belalainya dan menghempas mereka sehingga mati pada waktu subuh.
Satish berkata, haiwan itu hanya membunuh manusia yang menghalang, berada terlalu dekat dengannya atau cuba memprovokasinya dengan merakam gambar.
“Ia tidak memecah masuk rumah penduduk kampung atau menyerang orang awam. Kami mahu melihat jika ia diterima semula oleh kawanannya.
“Jika tidak, maksudnya ia telah membuktikan bahawa ia merupakan ‘gajah nakal’,” katanya.
India mempunyai populasi gajah liar Asia sebanyak 30,000 ekor dan sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes pembunuhan gajah oleh penduduk kampung.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
scary nyer...dulu2 penah tgk lam berita, gajah kat Thailand hempas org smpi mati..sbb org tu gi cucuk gajah tu..gajah tu jiran dia punya,bela utk pertunjukan ke apa tah..lepas keje tu,jiran mamat tu bawak la balik umah..gajah tu tgh berehat..sekali mamat ni gi kacau n cucuk2 gajah tu..mengamuk la, n mmg dlm video tu gajah tu aim mamat tu je..org ramai dia(gajah) x kejar pun..mamat tu dah mati pun still gajah tu angkat hempas ke pijak tah..menakutkan btol.. |
|
|
|
|
|
|
|
"... haiwan itu hanya membunuh manusia yang menghalang, berada terlalu dekat dengannya atau cuba memprovokasinya dengan merakam gambar."
Baru nak kesian, terbaca ni. Hmmm selayaknya lah. Now iols kesian gajah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
takutnya. gajah tu kemurungan kna pulau yeh |
|
|
|
|
|
|
|
Gajah mati kena mercun pun sebab manusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oucast, tak leh mengawan, air kat kepala sampai membunuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mendapatlah. Tak pasal provok gajah.
Dah kena singkir dgn kawan...kena pulak buli dgn manusia.. Org lama ckp.. Gajah 'naik minyak' |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur gajah kalau kena lockdown rasa naik minyak. banyakkan bersyukur gajah xkena lockdown |
|
|
|
|
|
|
|
moga gajah itu menemu ketenangan agittew...
nak tembak macam tak tergamak pulak... tapi tengok dia pun tak happy dengan hidupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lately ni asyik kuar citer encik gajah jer.ingt kat mesia lg rupa nya luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
memang iols padan muka kan aje pada yang probok gajah ni. moga jumpa balik dengan geng2 gajah lain |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 26-6-2021 03:04 PM
scary nyer...dulu2 penah tgk lam berita, gajah kat Thailand hempas org smpi mati..sbb org tu gi cucu ...
Kaco lg.. padan muke laaa... gajah tuu penatlaa yg hang kaco sape suruh.. aku yg bkn gajah pun dulu dulu lps balik sekolah pung anak aku tak berani tego sbb aku kena duk bilik sorang sorang dlm bilik nak rehat.. otak aku penat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia pon kalau tak lepas air kat kepala pon mental, apatah lagi gajah.
Apa kata tembak pelali lepastu bawa masuk zoo gajah dan kasi mengawan kat betina gajah situ..lepastu kasi lepas balik
Just untuk lepaskan air dia je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sb tu ada istilah gajah naik minyak.. Eiii skeri {:thief |
|
|
|
|
|
|
| |
|